PAMERAN KOR SISPA SHAH ALAM 2015
Kor Sispa UiTM Shah Alam telah mengadakan
pameran Kokurikulum Kor SISPA. Pameran ini telah diadakan di pusat
kokurikulum bersama dengan badan beruniform yang lain. Tujuan aktiviti ini
diadakan adalah untuk memberi pengenalan mengenai badan beruniform Pertahanan Awam yang ditawarkan kepada para pelajar semester 1 di UiTM Shah Alam. Melalui
pameran ini, mereka diberi pendedahan tentang aktiviti yang telah dilakukan
pada semester-semester lepas. Pada semester ini, pihak kami hanya membuka
tawaran hanya untuk 3 semester sahaja.
Tempat : Pusat
Kokurikulum UiTM Shah Alam
Tarikh : 2 – 6
Mac 2015
Masa : 0800-1700