Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, November 19, 2009

KKDPKPA2009 : Hari Kedua

18 November 2009

Hari kedua kursus bermula seawal jam 5.30 pagi dengan solat subuh berjemaah, diikuti upacara ‘Naik Bendera’ dihadapan pintu masuk utama Kolej Puncak Perdana. Kemudian, beramai-ramai mereka beriadah mengelilingi kolej ini. Aktiviti riadah ini dikelola oleh KMRM Syamil.

Tepat jam 8.30 pagi, aktiviti yang ditunggu setiap peserta bermula iaitu; Kawad Kaki. Peserta dibahagi kepada 3 platun, sama rata supaya setiap mereka bergaul mesra dan saling mengenali antara satu sama lain. Jurulatih yang terlibat bagi aktiviti kawad kaki adalah En. Azami, En. Muslimat dan En. Azhar.

Slot “Cara Membuat Kertas Kerja dan Laporan” dikelolakan oleh saudari Normaiza Zainal diharap dapat memberikan input berguna kepada para peserta di masa hadapan. Slot ini diadakan khusus untuk memberikan pendedahan kepada peserta memandangkan kesemua mereka akan terlibat secara langsung mahupun tidak dalam sesuatu program, insyaALLAH. satu kredit buat peserta yang bergelar 'bakal komander' memandangkan mereka kemungkinan besar akan mengorganize satu assignment besar pada semester hadapan.
Seperti dijadualkan, slot pada malam hari adalah slot ceramah. Untuk ceramah pertama iaitu “Pengenalan dan Peranan Komander” disampaikan oleh Lt. (PA) Mohd Ariffin selaku penyelaras berjalan lancar. Selaku bakal komander dan komander junior, mereka didedahkan dengan tugas-tugas dan peranan mereka disamping cabaran-cabaran yang bakal mereka hadapi. slot ringkas ini juga memberikan beberapa tips berguna untuk mereka memandangkan mereka bakal menambah komitmen sebagai seornag komander mereka selain bergelar pelajar sepenuh masa.

Roll Call tepat jam 12.30 tengah malam diadakan bagi melakukan penyelarasan terakhir mengenai uniform memandangkan masih ramai yang belum arif mengenai tatacara pemakaian uniform. Sebelum mereka mendapat 'sesuatu' oleh jurulatih keesokan harinya, lebih baik mereka mendapat 'sesuatu' daripada urusetia terlebih dahulu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membetulkan ketidakfahaman peserta dan berwaspada sentiasa dengan kesalahan-kesalahan kecil yang bakal mereka lakukan. Roll call berakhir tepat jam 2.10 pagi.
Lihat sahaja muka-muka bersemangat peserta dalam gambar dibawah ini.

Sesi LDK dalam Slot “Cara Membuat Kertas Kerja dan Laporan”








penat sangat ya dik



Slot ceramah “Pengenalan dan Peranan Komander”
Lebih oren daripada biasa( cantik kan)








KKDPKPA2009 :Hari Pertama

16hb November 2009

Sedari awal pagi, beberapa peserta yang berada di Kampus Induk UiTM Malaysia, telah pun mendaftarkan diri di Kolej Teratai (sebagai kolej t
ransit). Perasaan teruja untuk mempelajari dan menimba pengalaman baru sebagai seorang komander terserlah di muka para peserta kursus. Persiapan terakhir dilakukan, untuk melengkapkan senarai keperluan kursus mereka. Termasuklah juga pengagihan uniform kepada bakal-bakal komander. Bermacam gaya dapat dilihat ketika pengagihan uniform dilakukan. Bercahaya sahaja wajah adik-adik kita itu. Kolej Teratai pada malam itu riuh dengan gelagat adik-adik yang sibuk mencuba, mengubahsuai dan memperkemaskan uniform mereka sehinggakan para komander senior juga tak menang tangan melayan semua soalan mereka. Bersama-sama mereka mempersiapkan diri; mengubahsuai uniform dan mengilatkan kasut. Seronok rasanya melihat keterujaan mereka, jelas terlihat ketaksuban mereka untuk bergelar komander Pertahanan Awam UiTM Malaysia.




17hb November 2009

Hari baru bermula bagi kesemua komander junior dan bakal komander yang menyertai kursus ini. Kursus yang bertujuan membentuk peribadi dan kepimpinan seorang pemimpin masa hadapan SISPA ini menghimpunkan seramai 61 orang peserta dari UiTM Kampus Shah Alam dan Kampus Puncak Alam. Seperti kursus yang lepas, kursus kali ini juga diadakan di Kampus Puncak Perdana.

Tepat jam 7.30 pagi, semua peserta dan urusetia telah pun berkumpul di bustop Kolej Teratai dengan berpakaian sukan. Walaupun sedikit terlewat dari masa yang dijangka, itu sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka. Masa yang ada tidak dibuang begitu sahaja, diisi dengan mencari maklumat-maklumat berkaitan kursus yang akan dijalankan.



Selepas pendaftaran, peserta diberikan masa untuk berkemas dan berehat sebelum sesi taklimat berlangsung tepat jam 2 petang. Antara perkara yang disentuh ketika taklimat berlangsung adalah peraturan-peraturan sepanjang kursus; perlantikan penghulu, penghuluwati, imam dan bilal; pembahagian kumpulan LDK dan tentatif program. Mereka juga diingatkan tentang konsep 'satu pasukan'. Tiada perbezaan antara komander junior dan bakal komander, mahupun peserta dari Kampus Induk atau Puncak Alam. Setiap pergerakan dilakukan bersama, dan setiap kesalahan jug
a ditanggung bersama.




Selepas solat asar dan minum petang, aktiviti seterusnya adalah riadah. Untuk permulaan, dengan tubuh yang masih segar, mereka memberikan kerjasama yang baik walaupun terdapat beberapa orang antara mereka yang mendapat kecederaan ringan. Antara permainan yang dimainkan adalah bola tampar dan futsal.

Aktiviti malam diteruskan dengan slot 'Ice Breaking', khusus diadakan supaya setiap peserta mengenali rakan-rakan sekursus mereka. Aktiviti yang dikelolakan oleh Komander Muhammad Ridzuan Muhammad Ibrahim, mendapat kerja
sama yang baik dari kalangan peserta. Semua mereka melibatkan diri, dan aktiviti berlangsung dalam suasana yang santai dan menggembirakan. Slot umum ini diadakan untuk menunjukkan pentingnya membina ikatan persahabatan dan cara-cara mengekalkan hubungan tersebut, ke arah membentuk organisasi yang mantap.


Aktiviti pada hari tersebut tamat tepat jam 12 tengahmalam. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa urusetia yang masih 'berbaik hati' meninjau persiapan terakhir peserta untuk hari esok memandangkan ada di antara mereka yang masih keliru berkenaan uniform. Syabas buat kesemua urusetia dan terima kasih kepada peserta kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang hari pertama kursus berlangsun
g.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...