SUKOL merupakan sebuah kejohanan sukan peringkat kolej kediaman yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai usaha ke arah menggalakkan penglibatan menyeluruh penghuni-penghuni kolej dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. SUKOL pada kali ini berlangsung pada 11 Februari hingga 6 Mac 2011.
Dengan mengekalkan konsep penyertaaan secara terbuka, kejohanan kali ini turut mensasarkan penyertaan lebih ramai atlet bagi merancakkan lagi persaingan antara peserta. Seiring dengan hasrat kerajaan dan universiti untuk melahirkan mahasiswa yang memiliki keupayaan holistik, penganjuran SUKOL dilihat sebagai sebuah platform terbaik untuk mencungkil bakat-bakat sukan yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.