Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, February 3, 2015

PROGRAM MISI BANTUAN OPSBANJIR SUKARELAWAN UiTM


Baru-baru ini Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam telah menganjurkan program Misi Bantuan Ops Banjir. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu rakyat-rakyat Kelantan yang terlibat dalam kejadian banjir pada bulan 12 yang lalu. Selain SISPA terdapat juga sukarelawan dari SUKSIS, PBSM, sukarelawan awam dan staf UiTM. Sebanyak enam buah bas yang membawa sukarelawan ke Kelantan. Di Kelantan, kami menetap di UiTM Machang. Pada misi kali ini, kami sempat membersihkan di 2 kawasan, iaitu di kawasan bandar Tanah Merah dan Dabong. Di bandar Tanah Merah, kami sempat membersihkan kawasan sekitar Balai Bomba, Masjid Barakah dan kawasan peruhan yang berdekatan dengan  Masjid Barakah. Manakala, di Dabong kami membersihkan di kawasan sekolah rendah di Dabong.

                                            TARIKH : 20-24 JANUARI 2015
                                            TEMPAT : KELANTAN


Sukarelawan sedang mengisi air untuk pembersihan




Sukarelawan sedang membersihkan tanah akibat banjir di sekitar sekolah




Para sukarelawan UiTM

Para sukarelawan beratur untuk menghulurkan air untuk tujuan pembersihan di sekolah rendah di Dabong.




Para sukarelawan sedang membersihkan lumpur di kawasan sekolah




Para sukarelawan sedang membersihkan reha-reha di Masjid Barakah.




Sukarelawan sedang membersihkan tikar di Masjid Barakah





Perjalanan pulang ke tempat bas dari sekolah Dabong



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...