Masa : 5.00 petang
Tempat : Perkarangan Pusat Islam
Agihan 5 periuk bubur lambuk (lebih 1400 bungkus) kepada warga UiTM yang melalui jalan tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat, baik yang memotong bawang, memasak, mengacau, membungkus, mengagihkan dan makan juga. Tidak lupa, sekalung ucapan tahniah buat yang di balik tabir (aka penganjur dan penghulur2 sumbangan, tahun2 depan, sumbanglah lagi ye.) kerana berjaya menganjurkan program ini. Dan sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Pakcik Hashim yang bertungkus lumus dari mula sampai abis program. Tahun depan buat bubur lambuk Pantai Timur lak ye ( yang ada pucuk kayu tu, ada yang cakap pucuk paku,apa-apa jela. nyam nyam, sedapnya). Buat En. Arin, jangan serik menolong ya.
Selamat datang......
Stage 2 : Mari semua kita mengacau bubur lambuk.... kacau... kacau...
Tengok jeke? Tolong la kacau sekali yang kat belakang tu
Kacau En Mus..Jangan tak kacau...
Stage 3 :Bahagian..... ?
Tupperware tak cukup, plastik pun jadilah.
Stage 4 : Bahagian Pembungkusan
Penuh tekun cik-cik komander kita
Okey... bubur lambuk siap!
Stage 5 : Bahagian Pengagihan
Antara 'Orang-orang Besar' yang sudi turun. Terima Kasih Daun Keladi.
'Jualan Habis'... Tutup kedai awal.. Laku betul
Antara krew di sebalik tabir..
Rajinnya... Sesi kemas mengemas
angkat ye semua periuk belanga tu... Jangan curi tulang pulak
p/s : Stage 1 : potong memotong bebawang tak ada, bahaya kalau dimasukkan.
Terima kasih Daun keladi untuk semua yang terlibat, lain kali punya aktiviti bolehlah join lagi ya
1 comment:
tgk tuan rindu plak nak jumpe..hehe~
Post a Comment