Pada 29 Januari 2011 hingga 31 Januari 2011 telah berlangsungnya Kursus Destini Kenegaraan (KDN) yang bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Kursus ini melibatkan unit badan beruniform dari kampus induk dan juga kampus negeri. Antara unit yang terlibat adalah KESATRIA,PALAPES Darat,PALAPES Laut,PALAPES Udara,Brass Band dan juga kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (kor SISPA). Jumlah keseluruhan penyertaan peserta dianggarkan seramai 800 orang.
Kursus ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada belia tentang pentingnya sejarah dalam pembentukan negara pada masa hadapan. Para peserta juga didedahkan dengan cara pemikiran yang kritis dan pembinaan jati diri di dalam slot perbincangan dalam kumpulan (pdk). Justeru,pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dalam menjayakan program ini.
Program ini bermula dengan pendaftaran para peserta di kolej kediaman masing-masing pada 29 Januari 2011.Aktiviti seterusnya bermula pada keesokan hari di mana para peserta terlibat dengan slot ceramah dan pdk. Slot ini bertempat di Dewan Sri Budiman (DSB) dan Fakulti Sains Gunaan (FSG).
Pada 31 Januari 2011,program dimulakan dengan slot ceramah di dewan kompleks sukan. Pada sebelah petang pula,bermulanya aktiviti sukan dan riadah yang merupakan aktitviti terakhir untuk program KDN.
Seterusnya,pada 1 Februari 2011 semua peserta terlibat dengan acara Le Tour De Langkawi (LTdL) yang bertempat di padang kawad UiTM Shah Alam. Acara ini dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh pelajar-pelajar dari Fakulti Sains Sukan dari UiTM Shah Alam. Seterusnya,tepat jam 9.06 pagi,peserta ‘mountain bike race’ dilepaskan. Serentak dengan itu,acara sukan dilangsungkan. Antaranya ialah ‘street soccer’, ‘street ball’ dan ‘netball’.
Tepat jam 1.00 tengah hari, ’Flagged Off LTDL 2011’ dilancarkan oleh Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar,Naib Canselor UiTM. Justeru itu,selepas menikmati makanan tengah hari,para peserta bersurai dan bertolak pulang.
Berdasarkan sambutan dan penglibatan para peserta ,program Kursus Destini Kenegaraan dan Le Tour De Langkawi 2011 ini boleh dikatakan telah mencapai objektifnya. Kerjasama dan komitmen dari pelbagai pihak telah melancarkan lagi program ini. Segala permasalahan yang timbul juga dapat diselesaikan dengan mudah .
Keseluruhannya, program Kursus Destini Kenegaraan dan Le Tour De Langkawi 2011 ini mencapai objektifnya. Dengan ada nya slot-slot ceramah dan perbincangan dalam kumpulan serta aktivit yang dijalankan, ianya telah telah menyumbang kepada keberkesanan program ini.
Marshal
No comments:
Post a Comment