Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, February 23, 2011

Sukan Antara Kolej(SUKOL) 2011


SUKOL merupakan sebuah kejohanan sukan peringkat kolej kediaman yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai usaha ke arah menggalakkan penglibatan menyeluruh penghuni-penghuni kolej dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. SUKOL pada kali ini berlangsung pada 11 Februari hingga 6 Mac 2011.
Dengan mengekalkan konsep penyertaaan secara terbuka, kejohanan kali ini turut mensasarkan penyertaan lebih ramai atlet bagi merancakkan lagi persaingan antara peserta. Seiring dengan hasrat kerajaan dan universiti untuk melahirkan mahasiswa yang memiliki keupayaan holistik, penganjuran SUKOL dilihat sebagai sebuah platform terbaik untuk mencungkil bakat-bakat sukan yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Tambahan lagi, sebanyak 22 acara dipertandingkan pada kejohanan kali ini dan melibatkan penyertaan semua kolej kediaman di kampus Shah Alam. Lebih menarik lagi, beberapa acara baru seperti bola tampar pantai, sofbol dan ragbii sentuh turut diperkenalkan pada tahun ini. Justeru, SUKOL pada tahun ini juga diharap dapat mencapai objektif dan sterusnya menjadi kejohanan terbaik dalam sejarah penganjurannya.
Antara objektif SUKOL diadakan ialah untuk menggalakkan pelajar kolej untuk mengambil bahagian dalam kegiatan sukan kampus. Selain itu, menerapkan kecenderungan pelajar dalam kegiatan sukan dan riadah. Seterusnya, membentuk satu budaya masyarakat kampus yang berkualiti, cergas dan sihat. Tambahan lagi, SUKOL juga merupakan medium bagi mencapai sahsiah pelajar yang cemerlang menyemaikan sifat disiplin, wibawa dan berketrampilan.
Majlis Perasmian SUKOL merupakan titik permulaan kejohanan sukan peringkat kolej kediaman yang telah diadakan pada 11 Februari 2011 pada hari Jumaat. Majlis tersebut telah diadakan di Stadium UiTM. Majlis Perasmian ini turut dihadiri oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said selaku Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni serta Prof.Madya Mohd Hanafiah Harun, Pengarah Pembangunan Pelajar HEP dan Alumni.
Pembukaan tirai SUKOL dimulakan dengan persembahan tarian selamat datang yang dipersembahkan oleh kor SUKSIS. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan perarakan lintas hormat kontinjen yang terdiri daripada peserta dari kolej kediaman masing-masing yang telah mengambil bahagian dan diiringi dengan muzik alu-aluan daripada Brass band UiTM. Antara kolej kediaman yang mengambil bahagian ialah Kolej Jati, Kolej Meranti, Kolej Perindu, Kolej Mawar, Kolej Melati, Kolej Delima, Kolej Seroja, Kolej Anggerik, Kolej Kenanga, Non-resident(NR), Kolej Akasia, Cemara , Cendana dan Kolej Teratai.Lintas hormat bendera kejohanan SUKOL 2011 telah dilaksanakan oleh 7 orang PALAPES Laut UiTM Shah Alam dan diketuai oleh Pegawai Kanan PALAPES Laut, Muhammad Khairul Hazwan.
Perasmian SUKOL telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said selaku Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni. Seterusnya, acara penyalaan obor yang merupakan simbolik perasmian SUKOL telah dilakukan oleh 3 atlet UiTM dan diikuti dengan pembacaan ikrar kejohanan SUKOL 2011.
Seterusnya, majlis telah mempersilakan Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said untuk turun padang bagi sesi perkenalan dengan kontinjen yang mengambil bahagian dalam lintas hormat dan penyampaian cenderahati kepada setiap kontinjen.
Perarakan lintas hormat kontinjen daripada setiap kolej kediaman juga merupakan sebuah pertandingan yang diadakan dalam majlis tersebut. Bagi kategori lintas hormat, johan bagi pertandingan ini bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000 berserta piala kejohanan. Naib johan pula menerima hadiah wang tunai sebanyak RM750 serta piala manakala tempat ketiga pula menerima wang tunai sebanyak RM500 serta piala. Berikut merupakan keputusan pertandingan tersebut :
Pertandingan Lintas Hormat Kontinjen :
Tempat pertama: kolej teratai
Tempat kedua:kolej Melati
Tempat ketiga:kolej aggerik
Majlis Perasmian tersebut telah melabuhkan tirainya dengan nyanyian lagu Wawasan Setia Warga UiTM dan laungan UiTM di hatiku sebanyak tiga kali berturut-turut.
Pada keesokan harinya iaitu tanggal 12 Februari 2011 telah berlangsung Larian SUKOL 2011 dan disertai oleh wakil-wakil daripada setiap kolej yang telah mengambil bahagian. Tempat permulaan larian ini bermula dan berakhir di Stadium UiTM Shah Alam dan jarak yang telah ditetapkan untuk larian ini adalah 5.2km. Kategori yang dipertandingkan ialah kategori lelaki serta kategori wanita dan laluan larian ini adalah di sekitar UiTM Shah Alam. Masa perlepasan peserta-peserta Larian SUKOL 2011 ini tepat pada jam 8.50pagi.
Bagi setiap kategori yang dipertandingkan, peserta yang mendapat tempat pertama hingga ke-20 akan menerima hadiah.

Kesimpulannya, hampir kesemua objektif SUKOL 2011 tercapai dan dengan sokongan serta kerjasama antara satu sama lain akan membolehkan SUKOL menjadi salah satu acara berprestij di UiTM Shah Alam. di bawah ini. disertakan beberapa keping gambar semasa hari kejadian.



Lintas Hormat bendera SUKOL 2011 oleh PALAPES Laut
UiTM Shah Alam.






Lintasan hormat daripada kontinjen Kolej Teratai dengan moto“We play, we fight and we win”.

Kontinjen Kolej Meranti



Kontinjen kolej teratai yang memenangi perbarisan SUKOL 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...