Latihan Medan merupakan satu latihan teras yang telah
dirancangkan dalam mata pelajaran Kokurikulum Pertahanan Awam, UiTM. Program
ini adalah salah satu daripada rancangan dalam memantapkan lagi silibus
kokurikulum Pertahanan Awam. Program ini dikhususkan kepada pelajar yang
mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam semester 1 iaitu HBU 112. Dengan adanya
program ini, pelajar diberikan pengenalan dan pendedahan kepada aktiviti luar
dalam bentuk latihan teori dan praktikal yang bersesuaian dengan silibus
kokurikulum Pertahanan Awam.Selain dari itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk
memberi pengenalan kepada asas Pertolongan Cemas selain daripada bertujuan
untuk melahirkan sikap dan semangat kerjasama
pada diri para pelajar dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan di
samping dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar kokurikulum Kor SISPA
UiTM Shah Alam.
TARIKH: Latihan Medan (Siri 1 dan 2)
16 - 18 November 2013
6 - 8 Disember 2013
TEMPAT: Tapak Perkhemahan Rimba di Dusun Eco
Resort, Bentong, Pahang.
Pengenalan kepada prosedur program Latihan Medan: Taklimat latihan (ice breaking)
Ucapan dari LT. (PA) HJ MOHD ARIFFIN ABD RAHMAN
(Sesi Suai Kenal dan Peringatan Ringkas)
Persediaan Awal( Latihan Kawad Usungan)
Menguji ikatan pada stretcher
Ikatan & simpulan
Merentasi jambatan gantung dalam aktiviti riadah
![]() |
Berakit Merentasi Halangan |
![]() |
Aktiviti obstacle |
![]() |
Tercekik(Choking) dan CPR |
![]() |
Mengaplikasi semua yang dipelajari pada aktiviti |
![]() |
Malam Kebudayaan |