Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, November 27, 2012

Latihan Medan Siri 1 (Batch 9-2012)


Program ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam semester 1 dengan kod kursus HBU112.Peserta akan diberikan penerangan dan pendedahan secara teori dan praktikal mengenai asas pertolongan cemas,asas menyelamat,ikatan dan simpulan tali sepanjang program berlangsung.Sebagai tambahan,latihan asas menyelamat turut diberikan dalam bentuk teori dan praktikal mengikut kesesuaian keadaan.


Jumlah penglibatan         : 96 orang
Platun yang terlibat         :Alpha dan Charlie
Tarikh                            : 17 – 19 November 2012
Tempat                          : Dusun Eco Resort,Pahang




Para peserta tiba di Dusun Eco Resort.Peserta diberi penerangan tentang program dan dibahagikan mengikut kumpulan.

Asas pertolongan cemas


Membina rakit dengan mengaplikasi ikatan tali yang dipelajari

Cabaran rintangan berhalangan


Semangat kerjasama dalam kumpulan 


Kekuatan fizikal dan mental pelatih turut diuji dalam cabaran rintangan berhalangan


Senaman pagi.

Kawad usungan

Search and resque

Ikatan tali
Sesi taaruf

Persembahan Malam Kebudayaan

Merentasi jambatan gantung


Gempur tanpa senjata (GTS)




Lt.Kol.(PA) Prof Madya Mohd Hanafiah Harun



Friday, November 9, 2012

Bonjour De Comprado 2012


Baru-baru ini Kor Sispa UiTM Shah Alam telah mengadakan program ‘Bonjour De Comprado’ yang bertempat di  Pulau Pangkor, Perak . Program ini merupakan program tahunan Kor Sispa UiTM Shah Alam dan program ini berbentuk perkhemahan.  Antara objektif program ini diadakan adalah untuk untuk memupuk nilai-nilai murni dan semangat muafakat antara ahli dalam kumpulan. Ternyata, objektif ini tercapai dan diharapkan aktiviti ini akan dapat diteruskan demi manfaat pelajar itu sendiri. Tambahan lagi, program ini merupakan kesinambungan kemahiran yang mereka pelajari dalam kokurikulum.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tempoh perkhemahan. Antaranya adalah ice-breaking, Ascending & Descending (A&D), aktiviti air seperti berkayak dan ‘water confident’, Explorace serta beberapa aktiviti lain. Semua aktiviti yang diadakan adalah memupuk nilai-nilai murni dan semangat muafakat antara ahli dalam kumpulan serta  untuk  menguji  ketahanan mental dan fizikal para pelajar.

Tempat : Kem Rimba Pulau Pangkor
Tarikh    : 30 Oktober – 2 November 2012
Bilangan peserta : 90 orang

Berikut merupakan beberapa keping foto yang diambil sepanjang program diadakan.

Peserta yang terdiri daripada PKS Inter berbaris untuk mendengar taklimat sebelum berangkat ke Pangkor. 


Tiba di Jeti Marina Island dan para peserta menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor.
Kerjasama. Aktiviti memasang khemah mengikut kumpulan yang telah dibahagikan.
Mendengar taklimat dan amanat daripada Leftenan (PA) Tuan Ariffin.
Sesi pemilihan penghulu dan penghuluwati.

Aktiviti memasak mengikut kumpulan yang dibahagikan.

Aktiviti diteruskan dengan senaman pagi pada hari kedua program diadakan.
Aktiviti 'descending'.



Taklimat diberikan kepada peserta sebelum menjalani aktiviti air.

Berkayak ke Pulau Giam.

'Water confident'




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...