Subscribe:

Ads 468x60px

Friday, October 19, 2012

Pengambilan Pegawai Kadet Sispa (PKS) 2012 Batch 9


Kokurikulum Pertahanan Awam di UiTM (Kor SISPA) menawarkan dua pilihan kategori kokurikulum iaitu 5 semester dan 3 semester.Setiap pelajar yang berdaftar di bawah kokurikulum Pertahanan Awam wajib mengikuti kursus selama 3 semester.Bagi pelajar yang memilih kategori korkurikulum 5 semester,mereka akan menjalani kokurikulum yang telah ditetapkan mengikut sukatan pelajaran Pertahanan Awam seperti pelajar kokurikulum 3 semester serta menjalani latihan tambahan yang khusus sebelum ditauliahkan sebagai Leftanan Muda Pertahanan Awam. Antara penilaian yang diambil kira untuk memilih PKS Muda ialah Ujian Kecergasan, Ujian Kesihatan dan Temuduga.

          TARIKH: 22 SEPTEMBER 2012 (SABTU)
     
          MASA  : 1400 - 1800

          TEMPAT: PEJABAT SISPA

Taklimat kokurikulum kepada pelajar baru yang memilih kokurikulum 3 sem atau 5 sem.


Calon-calon Pegawai Kadet Sispa Batch 9 menjalani  Ujian Kecergasan


Ujian kecergasan dilakukan bagi menguji tahap kecergasan calon-calon .

Beep Test.

Vertical Jump.

Panel-panel penemuduga.

Sesi temuduga.








Friday, October 5, 2012

12 Kod Kesalahan Pelatih Ko-Kurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia UiTM Malaysia


12 Kod Kesalahan Pelatih
Ko-Kurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
UiTM Malaysia
 
Kod
Jenis Kesalahan
01
Menyimpan atau memiliki rambut panjang.
02
Menyimpan atau memiliki kuku panjang.
03
Menyimpan atau memiliki janggut.
Penerangan: Janggut mestilah dicukur bersih dan misai adalah dibenarkan dengan syarat  ia dijaga dengan rapi dan kemas.
04
Hadir lewat ke latihan
05
Memakai kasut yang tidak dibenarkan.
Penerangan: Kasut yang dibenarkan adalah kasut sukan yang 80% berwarna putih.
06
Memakai stokin selain warna putih yang panjangnya perlulah melebihi buku lali.
07
Tidak memakai/mempamerkan kad pelajar.
08
Memakai tudung yang tidak mengikut spesifikasi.
Penerangan: Tudung mestilah berwarna hitam,tidak bercorak,memakai anak tudung dan tidak boleh digayakan ( contohnya diselempangkan atau dililit).
09
Memakai baju yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
Penerangan: Bagi pelatih,hanya baju jingga dan putih Jabatan Pertahanan Awam dibenarkan.Bagi yang masih belum mempunyai baju tersebut,hanya T-Shirt putih berkolar tanpa corak yang keterlaluan dibenarkan dan ketiga-tiga jenis baju perlu dimasukkan ke dalam seluar bagi lelaki.
10
Memakai seluar sukan yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
Penerangan: Bagi Pelatih,hanya seluar sukan hitam atau yang berwarna gelap sahaja yang dibenarkan.
11
Berkelakuan tidak sopan terhadap jurulatih/pembantu jurulatih
Penerangan: Perlakuan tidak sopan adalah termaktub kepada sosio budaya dan amalan badan beruniform di dalam IPTA.
12
Lain-lain kesalahan yang tidak dinyatakan namun termaktub sebagai satu kesalahan dalam Akta 174,Akta Universiti dan Kolej Universiti ataupun Akta 221,Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
 
Penunjuk:
     :Tarikh melakukan kesalahan
Kod  :Kod Kesalahan yang dirujuk diatas.
 
Biro Disiplin & Tatatertib Dis ’08-Dis ‘09
Dimuat naik oleh PKS Pertengahan
Mohamad Asywad B.Sapingai
Biro Disiplin dan Kepimpinan 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...