Ads 468x60px

Sunday, June 20, 2010

LAWATAN & DISKUSI PEGAWAI KOR SISPA UITM KE IBU PEJABAT, JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA.


Bergambar kenangan dalam lawatan pegawai KOR SISPA UiTM Shah Alam


Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof Madya. Dr. Rosmin bin Talib, Pegawai Bersekutu KOR SISPA Negeri Selangor sedang menandatangani buku pelawat.


Buku pelawat yang sedang ditandatangani oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Dr. Roslan Zainal Abidin, Timbalan Komandan KOR SISPA UiTM Shah Alam.



Berdiskusi mengenai perancangan dan masa depan KOR SISPA.



Sesi mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Y.S TPj. (PA) Selamat bin Dahlan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.


Masing-masing sedang fokus mendengar apa yang sedang dibincangkan.


Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Rosmin b. Talib sedang berbincang bersama PPj. (PA) Roslan B. Wahab, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.




LAWATAN & DISKUSI PEGAWAI KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (KOR SISPA) UITM KE

IBU PEJABAT, JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA.


ASSALAMUALAIKUM, SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA DAN SALAM SATU SISPA,

Pada 9 Jun 2010 yang lalu, pihak KOR SISPA UiTM telah melakukan sesi lawatan dan diskusi ke Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia (IPPA). Tujuan sesi tersebut diadakan adalah bagi bertukar idea dan pendapat bagi memperjelaskan lagi halatuju KOR SISPA di peringkat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia umumnya dan di peringkat Universiti Teknologi MARA khususnya.

Seramai 11 orang delegasi telah menyertai sesi lawatan dan diskusi tersebut, dan ianya telah diketuai oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Rosmin B. Talib, selaku Pegawai Bersekutu KOR SISPA Negeri Selangor. Sesi diskusi kemudiannya telah dipengerusikan oleh Y.S TPj. (PA) Selamat B. Dahlan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, dan antara yang hadir pada sesi diskusi tersebut adalah Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, PPj. (PA) Roslan B. Wahab, Pengarah Bahagian Perancangan Dasar Dan Penyelarasan, PPj. (PA) Norhafifi Hj. Ismail dan para pegawai serta anggota dari Bahagian Pengurusan Angkatan Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia.

Sesi diskusi telah berjalan lancar dan hasil rumusan dari pertemuan tersebut telah berjaya mencapai matlamat lawatan dan seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Semoga dengan lawatan tersebut, KOR SISPA UiTM akan menjadi wadah yang terbaik bagi memenuhi aspirasi Universiti dan Jabatan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...