Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, April 21, 2016


Lawatan ke Bilik Gerakan Kecemasan Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999

Kor SiSPA UiTM Shah Alam telah mengadakan lawatan ke bilik gerakan MERS bertempat di Kompleks Pertahanan Awam Daerah (PUSPADA) Klang, Negeri Selangor. Pogram yang dirancang ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada 24 orang pelajar kokurikulum Pertahanan Awam Semester 2 (HBU 122) tentang pembelajaran dan pengendalian di Bilik Gerakan MERS 999 semasa berlaku panggilan kecemasan. Oleh yang demikian, dalam meningkatkan pengetahuan para pelajar tersebut, lawatan ke Bilik Gerakan Mers 999 ini dilaksanakan.

TARIKH: 31 OKTOBER 2015
MASA: 8.00 AM HINGGA 2.00 PM
TEMPAT: KOMPLEKS PERTAHANAN AWAM DAERAH (PUSPADA) KLANG










LATIHAN MEDAN SIRI 1/2015

Kor SiSPA UiTM Shah Alam dan Puncak Alam telah mengadakan aktiviti latihan medan siri 1/2015. Program ini diwajibkan kepada pelajar yang mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam semester 1 dengan kod kursus HBU112.Peserta akan diberikan penerangan dan pendedahan secara teori dan praktikal mengenai asas pertolongan cemas,asas menyelamat,ikatan dan simpulan tali sepanjang program berlangsung.Sebagai tambahan,latihan asas menyelamat turut diberikan dalam bentuk teori dan praktikal mengikut kesesuaian keadaan.


TARIKH: 23 - 25 OKTOBER 2015
TEMPAT: DUSUN ECO RESORT, BENTONG, PAHANG.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...