Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, March 30, 2010

MAJLIS MAKAN MALAM "KEMUNCAK INSPIRASI 1 SISPA "

Majlis makan malam anjuran bakal komander batch 6 kor SISPA akan diadakan seperti berikut :

TARIKH : 3HB 04 2010
TEPMAT : DEWAN MBSA SHAH ALAM
MASA : 8.00 pm - 10.45 pm

Dengan bertemakan "1 Malaysia" majlis tersebut akan meraikan komander yang bakal bersara dan ingin merapatkan silaturahim antara pelatih kokurikulum dengan komander SISPA

p/s : bas UiTM akan tunggu anda semua di padang kawad pada jam 6.00 pm. sekiranya lewat, anda akan ditinggalkan (jangan menangis)

Thursday, March 11, 2010

LAWATAN TAPAK KABIN KOR SISPA UiTM









Satu sesi lawatan tapak kabin telah diadakan pada 5hb Mac 2010 bertempat di hadapan kolej mawar pada jam 8.15 a.m sehingga 9.30 a.m dan disertai oleh PPAN Selangor - Mejar Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin, Bahagian Pengurusan Angkatan dan Latihan - Lt. M (PA) Ruslan b. Lok, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan - En. Ramzul Iman b. Ramli beserta kontraktor yang akan mereka dan membina kabin kor SISPA UiTM - En Anwar dan diiringi penyelaras kor SISPA UiTM Lt. (PA) Mohd Ariffin Abd Rahman dan Komander Madya Rendah Kanan Mohd. Norazlan bin. Abd. Rahaman

InsyaAllah, pejabat kor SISPA akan dibangunkan secara berfasa. Kontraktor akan menyiapkan full layout kepada jabatan untuk diteliti dan ditarget. Sehubungan itu, fasa satu akan dibangunkan pada bulan mei dan fasa seterusnya akan ditentukan kemudian. Model yang telah dibincangkan akan dibina mengikut rekaan leisure office atau lebih dikenali pejabat dalam taman.

Pada permulaan, 3 kabin akan diletakkan untuk persediaan pengambilan pertama batch kor SISPA pada sem depan iaitu bulan Julai selain didirikan untuk pusat pentadbiran. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama memberi sokongan kepada kor SISPA kita yang baru dilancarkan dengan semangat 1 pasukan , 1 perjuangan dan 1 matlamat seiring dengan
1 Malaysia

'SEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...