Tempat : Dewan Makan Kolej Melati
Masa : 09:00 pagi - 10:00 pagi
HBU122(Part 2)
Masa : 11:00 pagi - 12:00 tengah hari
HBU132(Part 3)
Masa : 02:00 petang - 03:00 petang
Semoga berjaya.
SUKOL merupakan sebuah kejohanan sukan peringkat kolej kediaman yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai usaha ke arah menggalakkan penglibatan menyeluruh penghuni-penghuni kolej dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. SUKOL pada kali ini berlangsung pada 11 Februari hingga 6 Mac 2011.
Dengan mengekalkan konsep penyertaaan secara terbuka, kejohanan kali ini turut mensasarkan penyertaan lebih ramai atlet bagi merancakkan lagi persaingan antara peserta. Seiring dengan hasrat kerajaan dan universiti untuk melahirkan mahasiswa yang memiliki keupayaan holistik, penganjuran SUKOL dilihat sebagai sebuah platform terbaik untuk mencungkil bakat-bakat sukan yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Tambahan lagi, sebanyak 22 acara dipertandingkan pada kejohanan kali ini dan melibatkan penyertaan semua kolej kediaman di kampus Shah Alam. Lebih menarik lagi, beberapa acara baru seperti bola tampar pantai, sofbol dan ragbii sentuh turut diperkenalkan pada tahun ini. Justeru, SUKOL pada tahun ini juga diharap dapat mencapai objektif dan sterusnya menjadi kejohanan terbaik dalam sejarah penganjurannya.
Antara objektif SUKOL diadakan ialah untuk menggalakkan pelajar kolej untuk mengambil bahagian dalam kegiatan sukan kampus. Selain itu, menerapkan kecenderungan pelajar dalam kegiatan sukan dan riadah. Seterusnya, membentuk satu budaya masyarakat kampus yang berkualiti, cergas dan sihat. Tambahan lagi, SUKOL juga merupakan medium bagi mencapai sahsiah pelajar yang cemerlang menyemaikan sifat disiplin, wibawa dan berketrampilan.
Majlis Perasmian SUKOL merupakan titik permulaan kejohanan sukan peringkat kolej kediaman yang telah diadakan pada 11 Februari 2011 pada hari Jumaat. Majlis tersebut telah diadakan di Stadium UiTM. Majlis Perasmian ini turut dihadiri oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said selaku Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni serta Prof.Madya Mohd Hanafiah Harun, Pengarah Pembangunan Pelajar HEP dan Alumni.
Pembukaan tirai SUKOL dimulakan dengan persembahan tarian selamat datang yang dipersembahkan oleh kor SUKSIS. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan perarakan lintas hormat kontinjen yang terdiri daripada peserta dari kolej kediaman masing-masing yang telah mengambil bahagian dan diiringi dengan muzik alu-aluan daripada Brass band UiTM. Antara kolej kediaman yang mengambil bahagian ialah Kolej Jati, Kolej Meranti, Kolej Perindu, Kolej Mawar, Kolej Melati, Kolej Delima, Kolej Seroja, Kolej Anggerik, Kolej Kenanga, Non-resident(NR), Kolej Akasia, Cemara , Cendana dan Kolej Teratai.Lintas hormat bendera kejohanan SUKOL 2011 telah dilaksanakan oleh 7 orang PALAPES Laut UiTM Shah Alam dan diketuai oleh Pegawai Kanan PALAPES Laut, Muhammad Khairul Hazwan.
Perasmian SUKOL telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said selaku Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni. Seterusnya, acara penyalaan obor yang merupakan simbolik perasmian SUKOL telah dilakukan oleh 3 atlet UiTM dan diikuti dengan pembacaan ikrar kejohanan SUKOL 2011.
Seterusnya, majlis telah mempersilakan Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said untuk turun padang bagi sesi perkenalan dengan kontinjen yang mengambil bahagian dalam lintas hormat dan penyampaian cenderahati kepada setiap kontinjen.
Perarakan lintas hormat kontinjen daripada setiap kolej kediaman juga merupakan sebuah pertandingan yang diadakan dalam majlis tersebut. Bagi kategori lintas hormat, johan bagi pertandingan ini bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000 berserta piala kejohanan. Naib johan pula menerima hadiah wang tunai sebanyak RM750 serta piala manakala tempat ketiga pula menerima wang tunai sebanyak RM500 serta piala. Berikut merupakan keputusan pertandingan tersebut :
Pertandingan Lintas Hormat Kontinjen :
Tempat pertama: kolej teratai
Tempat kedua:kolej Melati
Tempat ketiga:kolej aggerik
Majlis Perasmian tersebut telah melabuhkan tirainya dengan nyanyian lagu Wawasan Setia Warga UiTM dan laungan UiTM di hatiku sebanyak tiga kali berturut-turut.
Pada keesokan harinya iaitu tanggal 12 Februari 2011 telah berlangsung Larian SUKOL 2011 dan disertai oleh wakil-wakil daripada setiap kolej yang telah mengambil bahagian. Tempat permulaan larian ini bermula dan berakhir di Stadium UiTM Shah Alam dan jarak yang telah ditetapkan untuk larian ini adalah 5.2km. Kategori yang dipertandingkan ialah kategori lelaki serta kategori wanita dan laluan larian ini adalah di sekitar UiTM Shah Alam. Masa perlepasan peserta-peserta Larian SUKOL 2011 ini tepat pada jam 8.50pagi.
Bagi setiap kategori yang dipertandingkan, peserta yang mendapat tempat pertama hingga ke-20 akan menerima hadiah.
Kesimpulannya, hampir kesemua objektif SUKOL 2011 tercapai dan dengan sokongan serta kerjasama antara satu sama lain akan membolehkan SUKOL menjadi salah satu acara berprestij di UiTM Shah Alam. di bawah ini. disertakan beberapa keping gambar semasa hari kejadian.
Pada 29 Januari 2011 hingga 31 Januari 2011 telah berlangsungnya Kursus Destini Kenegaraan (KDN) yang bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Kursus ini melibatkan unit badan beruniform dari kampus induk dan juga kampus negeri. Antara unit yang terlibat adalah KESATRIA,PALAPES Darat,PALAPES Laut,PALAPES Udara,Brass Band dan juga kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (kor SISPA). Jumlah keseluruhan penyertaan peserta dianggarkan seramai 800 orang.
Kursus ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada belia tentang pentingnya sejarah dalam pembentukan negara pada masa hadapan. Para peserta juga didedahkan dengan cara pemikiran yang kritis dan pembinaan jati diri di dalam slot perbincangan dalam kumpulan (pdk). Justeru,pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dalam menjayakan program ini.
Program ini bermula dengan pendaftaran para peserta di kolej kediaman masing-masing pada 29 Januari 2011.Aktiviti seterusnya bermula pada keesokan hari di mana para peserta terlibat dengan slot ceramah dan pdk. Slot ini bertempat di Dewan Sri Budiman (DSB) dan Fakulti Sains Gunaan (FSG).
Pada 31 Januari 2011,program dimulakan dengan slot ceramah di dewan kompleks sukan. Pada sebelah petang pula,bermulanya aktiviti sukan dan riadah yang merupakan aktitviti terakhir untuk program KDN.
Seterusnya,pada 1 Februari 2011 semua peserta terlibat dengan acara Le Tour De Langkawi (LTdL) yang bertempat di padang kawad UiTM Shah Alam. Acara ini dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh pelajar-pelajar dari Fakulti Sains Sukan dari UiTM Shah Alam. Seterusnya,tepat jam 9.06 pagi,peserta ‘mountain bike race’ dilepaskan. Serentak dengan itu,acara sukan dilangsungkan. Antaranya ialah ‘street soccer’, ‘street ball’ dan ‘netball’.
Tepat jam 1.00 tengah hari, ’Flagged Off LTDL 2011’ dilancarkan oleh Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar,Naib Canselor UiTM. Justeru itu,selepas menikmati makanan tengah hari,para peserta bersurai dan bertolak pulang.
Berdasarkan sambutan dan penglibatan para peserta ,program Kursus Destini Kenegaraan dan Le Tour De Langkawi 2011 ini boleh dikatakan telah mencapai objektifnya. Kerjasama dan komitmen dari pelbagai pihak telah melancarkan lagi program ini. Segala permasalahan yang timbul juga dapat diselesaikan dengan mudah .
Keseluruhannya, program Kursus Destini Kenegaraan dan Le Tour De Langkawi 2011 ini mencapai objektifnya. Dengan ada nya slot-slot ceramah dan perbincangan dalam kumpulan serta aktivit yang dijalankan, ianya telah telah menyumbang kepada keberkesanan program ini.
Marshal
Pada 12 hingga 16 Disember 2010 yang lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dengan kejasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Tahun 2010 yang diadakan bertempat di UiTM Shah Alam. Perhimpnan ini telah melibatkan penyertaan dari 13 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) dan 5 kampus cawangan UiTM. Jumlah keseluruhan penyertaan iaitu peserta, urusetia dan pegawai adalah dianggarkan seramai 950 orang secara keseluruhannya.
Perhimpunan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil dan menguji kemahiran setiap pelajar yang mengikuti program Kokurikulum Pertahanan Awam di setiap IPTA/S. Selain itu, ia juga diadakan bagi membentuk semangat integrasi dan perpaduan di antara semua pelatih Kor SISPA. Justeru, sepanjang program berlangsung, terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan bagi mencapai objektif penganjuran program ini.
Program ini bermula dengan sesi pendaftaran kontinjen pada 12 Disember 2010 di Kolej Mawar, UiTM Shah Alam selaku tempat penginapan rasmi program. Usai pendaftaran, di sebelah malamnya, taklimat ketua kontinjen telah diadakan bagi memastikan setiap kontinjen mendapat gambaran menyeluruh serta maklumat lengkap mengenai program yang dijalankan.
Pada 13 Disember 2010, bertempat di Padang Kawad UiTM Shah Alam, telah diadakan Majlis Perasmian Pembukaan Perhimpunan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Y.A.S Pesuruhjaya (PA) Dato’ Haji Abdul Halim b. Abdul Hamid, Ketua Pengarah JPAM. . Majlis turut dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UiTM mewakili Naib Canselor dan Mej. (PA) Jamalulail Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pengajian Tinggi, selaku wakil dari KPT. Pada majlis berkenaan, turut disampaikan cenderahati penghargaan daripada pihak JPAM kepada setiap kontinjen IPTA/S yang mengambil bahagian.
Pada sebelah petangnya, Sukan Integrasi 1Malaysia telah berlangsung di sekitar Pusat Sukan UiTM Shah Alam. Aktiviti ini diadakan bagi menggantikan program gotong royong yang terpaksa dibatalkan atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Di antara kategori sukan yang dijalankan adalah bola tampar (lelaki), bola jaring (wanita), dan futsal (lelaki dan wanita).
Pada malam 13 Disember 2010, taklimat pendaftaran dan teknikal pertandingan telah diadakan di Bilik Seminar Kolej Mawar. Taklimat pertandingan ini merupakan taklimat bagi pertandingan kemahiran yang telah dijalankan pada hari berikutnya, iaitu pada 14 Disember 2010. Pertandingan kemahiran yang dijalankan adalah kemahiran kawad kaki, menyelamat, dan melawan kebakaran. Keputusan bagi setiap pertandingan adalah seperti berikut :
Kemahiran Kawad Kaki
1. Tempat Pertama : Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
2. Tempat Kedua : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
3. Tempat ketiga : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Pertandingan Menyelamat
1. Tempat Pertama : Universiti Malaysia Sabah (UMS)
2. Tempat Kedua : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
3. Tempat Ketiga : Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pertandingan melawan kebakaran
1. Tempat Pertama : Universiti Malaysia Sabah (UMS)
2. Tempat Kedua : Universiti Sains Malaysia (USM Kampus Kesihatan Kelantan )
3. Tempat Ketiga : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Serentak berjalan pada 14 Disember 2010 ialah program derma darah yang dijalankan bertempat di Dewan Pusat Sukan UiTM Shah Alam. Program ini turut dijayakan oleh Pusat Darah Negara dengan kerjasama Pusat Kesihatan UiTM dan JPAM Wilayah Persekutuan. Pada sebelah malam 14 Disember 2010, telah diadakan Forum Kesukarelawanan Mahasiswa bertempat di Dewan Sri Budiman. Forum yang bertemakan ‘Kesukarelawanan Membina Mahasiswa Berpersonaliti Tinggi’ dipengerusikan oleh Pegawai Bersekutu SISPA Negeri Selangor, Lt. Kol. (PA) Prof Madya Dr. Rosmin Talib, dan ahli-ahli panel yang terlibat ialah Prof. Dr. Turiman b. Suandi, Pensyarah dari Universiti Putra Malaysia, Dr. Syed Muhammad Haleem b. Syed Hassan,salah seorang sukarelawan ke GAZA yang juga merupakan Ketua Perhubungan Dan Penerbitan (PERKIM) serta Mej. (PA) Shahruddin b. Mad Zin, Pegawai Bahagian Perancangan Dasar Dan Penyelarasan Ibu Pejabat Pertahanan Awam.
Pada hari berikutnya, iaitu 15 Disember 2010, raptai penuh bagi Majlis Perasmian Penutup serta Majlis Pentauliahan Pangkat Dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat, Bersekutu, Dan Pegawai Kor SISPA telah diadakan bertujuan bagi melancarkan pergerakan kontinjen serta peserta pentauliahan bagi menghadapi majlis sebenar yang akan diadakan pada 16 Disember 2010. Selain raptai, terdapat juga aktiviti integrasi yang masih dijalankan dan melibatkan sebahagian peserta perhimpunan. Aktiviti tersebut ialah aktiviti Score Race yang mana ianya dipanggil sebagai aktiviti integrasi kerana di dalam 1 kumplan yang terdiri dari 4 orang, setiap ahlinya terdiri daripada wakil dari IPTA/S yang berlainan. Hal ini dirangka dan dilaksanakan bagi mewujudkan perpaduan di kalangan peserta. Selain itu, di dalam aktiviti score race itu sendiri, terdapat pelbagai checkpoint yang menguji semangat berpasukan dan ilmu pengetahan terutamanya kemahiran yang berkaitan dengan Pertahanan Awam.
Bagi menghargai dan meraikan semua kontinjen yang telah turut serta di dalam program perhimpunan ini, pada sebelah malam 15 Disember 2010, Majlis Makan Malam 1 SISPA telah diadakan bertempat di Dewan Kompleks Sukan UiTM Shah Alam. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Yang Amat Setia Dato’ Haji Abdul Halim B. Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan beberapa orang dif-dif jemputan seperti Naib-Naib Canselor serta Timbalan Naib Canselor universiti yang hadir. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada wakil Naib Canselor UiTM selaku Komandan Kor SISPA UiTM, iaitu oleh Lt. Kol. (PA) Prof. Madya Mohd Hanafiah Harun, Pengarah Pembangunan Pelajar merangkap Timbalan Komandan Kor SISPA UiTM. Usai ucapan, majlis makan malam telah berjalan diiringi oleh persembahan dari AO Band dan turut diadakan adalah sesi penyampaian hadah bagi aktiviti integrasi iaitu Sukan Integrasi 1 Malaysia dan Score Race.
Majlis Perasmian Penutup Perhimpunan, Pentauliahan dan Pelancaran Kor SISPA Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 16 Disember 2010 dan teks ucapan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri bagi penyempurnaan perasmian majlis tersebut telah dibacakan oleh wakil beliau, iaitu Yang Berhormat Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri selaku wakil Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri . Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Y.A.S Pj. (PA) Dato’ Abdul Halim B. Abdul Hamid, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni mewakili Naib Canselor UiTM dan Y. Bhg. Prof. Dr. Azali b. Mohamed, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia. Majlis Perasmian Penutup Perhimpunan, Pentauliahan dan Pelancaran Kor SISPA Peringkat Kebangsaan telah berjalan di dua tempat iaitu bermula di Padang Kawad UiTM Shah Alam dan kemudiannya bersambung di Dewan Sri Budiman bagi Majlis Penyampaian Watikah Pentauliahan Pegawai. Sewaktu di padang kawad, tetamu kehormat dan para hadirin berpeluang melihat persembahan berjalan lalu oleh Pegawai Kadet SISPA yang akan ditauliahkan. Selain itu, penyampaian hadiah bagi pertandingan kemahiran dan peserta pentauliahan terbaik bagi setiap IPT turut diadakan. Selesai penyampaian hadiah, tetamu kehormat dan hadirin telah ke sesi sidang media dan minum pagi sebelum bersambung ke majlis di Dewan Sri Budiman.
Majlis Pentauliahan Pangkat Dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat, Bersekutu, Dan Pegawai Kor SISPA di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam telah menyaksikan seramai 143 orang Pegawai Kadet SISPA daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM)Shah Alam, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT) telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam. Selain itu, bagi pangkat kehormat dan bersekutu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, seramai 37 orang pegawai dari KPT dan universiti telah menerima watikah perlantikan mereka. Selesai majlis, para pegawai dan penerima watikah telah diraikan dengan majlis makan tengahari bersama wakil Y. Berhormat Menteri Dalam Negeri sebelum pendaftran keluar kontinjen dilakukan pada sebelah petang 16 Disember 2010.
Berdasarkan perjalanan keseluruhan program, Perhimpunan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Tahun 2010 dapatlah dikategorikan seabagi telah berjaya dianjurkan. Hasil daripada kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak, perlaksanaan program telah dapat dijalankan dengan sempurna. Sebagai contoh, bagi perlaksanaan aktiviti Sukan Intergrasi dan Score Race, kerjasama Pusat Sukan dengan pihak JPAM telah membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan jayanya. Selain itu, bagi tujuan kebajikan para peserta, dengan anggota JPAM yang ada dan kerjasama Pusat Kesihatan, kes-kes kecemasan telah dapat diuruskan dengan teratur dan berkesan.
Secara keseluruhan, objektif Program Perhimpunan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Tahun 2010 dapatlah dikatakan sebagai telah berjaya dicapai. Hasil daripada pengisian aktiviti-aktiviti di sepanjang program telah dapat mencapai objektif penganjuran, iaitu mewujudkan semangat integrasi dan memberi input atau nilai tambah kepada para peserta terutamanya dari segi pengetahuan berkaitan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam Pertahanan Awam. Selain itu juga, dengan Pelancaran Kor SISPA Peringkat Kebangsaan, sebagaimana yang telah digariskan oleh Y. Berhormat Menteri Dalam Negeri, adalah diharapkan para pegawai Kadet SISPA yang lahir dari Pentauliahan Kali Pertama ini akan menjadi pemangkin kepada kesiapsiagaan masyarakat terutamanya komuniti atau masyarakat kampus.
ALAMAT PEGAWAI KADET SISPA
_________________________________________________________________________________
Lt. (PA) Hj. Mohd Ariffin Bin Abd. Rahman
Pegawai Penyelaras
Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA)
Pejabat Pentadbiran Kor SISPA
Jalan Graduan 1/23, Bulatan Lingua
Universiti Teknologi MARA(UiTM)
40450 Shah Alam Selangor. TARIKH
Tuan,
KETIDAKHADIRAN KE LATIHAN MINGGUAN Kor SISPA
Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.
1. Saya (NAMA PEGAWAI KADET SISPA) tidak dapat menghadirkan diri ke latihan mingguan kokurikulum pertahanan awam pada (TARIKH). Berikut adalah butiran diri saya:
No. Matrik:
Kod Program:
Kod Kursus: HBU___
Platun:
2. Saya tidak menghadirkan diri adalah kerana (ALASAN/SEBAB)________________________
Di sini saya sertakan lampiran(jika ada)__________________________________________________
________________________________________________________________________________.
Pengesahan Pusat Kokurikulum |
Diluluskan/Tidak Diluluskan |
_______________________________ (Tandatangan & Cop rasmi Pegawai/Pusat Kokurikulum) *potong yang tidak berkenaan |
Sekian,terima kasih.
Yang benar,
________________
(NAMA PKS HURUF BESAR)
“ Membentuk individu yang mementingkan semangat
berpasukan serta berdisiplin dan berdikari “ -Nurhayati Abu Zakie![]()
“ In JPAM relations, there is no difference. Everyone is in one family.. “ -Nurul Shazwani Anuar![]()
“ JPAM pembentuk masyarakat berilmu dan berdedikasi didalam membangunkan generasi yang mengutamakan perpaduan dan keamanan Negara “ -Anisah Ruzaila Yaacob![]()
“ Pertahanan awam adalah cabang bagi yang ingin pengetahuan dan pengalaman “ -Razlan![]()