Ads 468x60px

Saturday, December 11, 2010

AKTIVITI






SCORE RACE 2010

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEMASA PERTANDINGAN

  1. KONSEP PERTANDINGAN

1.1 Setiap pasukan mesti terdiri daripada 4 orang peserta dari (2 lelaki+ 2 wanita) dalam setiap pasukan.

1.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua Kontigen IPTA/IPTS yang menyertai Perhimpunan SISPA.

1.3 Setiap pasukan diberi masa selama 2 jam sahaja untuk mengutip markah dimana-mana check point yang perlu di kunjungi.

1.4 Setiap pasukan akan dibekalkan Petunjuk Lokasi soalan sebagai pemandu arah bagi setiap check point dalam pertandingan ini.

1.5 Setiap peserta dikehendaki menjalankan tugas yang diberikan berdasarkan kepada soalan dan petanda yang ditampal di setiap check point.

1.6 Setiap check point mempunyai markah tiba (arrival), markah tugasan (complete task point) dan markah bonus (check point tertentu sahaja).

1.7 Pasukan yang mempunyai markah tertinggi akan memenangi pertandingan ini.

  1. PERATURAN PERALATAN (PAKAIAN, MINUMAN, PERUBATAN)

2.1 Para peserta mesti memakai pakaian sukan yang lengkap semasa pertandingan.

2.2 Pihak penganjur hanya menyediakan air mineral di lokasi yang ditetapkan sahaja. Peserta di galakkan agar membawa air dan makanan tambahan tenaga sendiri.

2.3 Nombor peserta akan disediakan oleh pihak penganjur

  1. SYARAT-SYARAT PEMBERIAN MARKAH

3.1 Tiada turutan check point yang perlu dilalui

3.2 Setiap pasukan dikehendaki mengutip seberapa banyak markah yang diberikan kepada setiap check point.

3.3 Setiap check point mempunyai markah tiba (arrival), markah tugasan (complete task point) dan markah bonus (check point tertentu sahaja).

3.4 Setiap pasukan diberi masa selama 2 jam sahaja untuk mengutip seberapa banyak markah untuk dikira sebagai pemenang.

3.5 Sekiranya terdapat persamaan markah, pasukan yang mencatat masa terpantas akan dikira sebagai pemenang.

3.6 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan, selepas perlawanan mesti membayar RM250.00 kepada penganjur. Selepas itu, pihak penganjur akan meneliti dan menilai bagi memastikan sama ada bantahan itu adalah sah atau tidak sah. Wang deposit sebanyak RM200.00 akan dipulangkan jika kesilapan @ bantahan itu adalah benar dan baki sebanyak RM50.00 akan digunakan sebagai wang proses bantahan.

  1. PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PENYERTAAN

4.1 Jika peserta menipu dan dengki kepada pasukan lain dalam apa jua keadaan secara automatik mereka akan disingkirkan dalam perlawanan.

4.2 Peserta tidak boleh membawa atau menumpang apa-apa jenis kenderaan semasa perlawanan.

4.3 Peserta mesti memakai nombor pasukan mereka semasa pertandingan.

4.4 Peserta yang tiba digarisan penamat melebihi masa yang ditetapkan (2jam) akan dibatalkan penyertaannya.

4.5 Peserta tidak dibenarkan menggantikan peserta lain semasa melakukan tugasan yang telah ditetapkan.

  1. HADIAH

5.1 Hadiah adalah berbentuk medal akan disediakan oleh pihak penganjur untuk pemenang tempat??.

5.2 Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan dan cenderahati Perhimpunan SISPA.





Thursday, December 9, 2010

TENTATIF PROGRAM


PERHIMPUNAN Kor SISPA PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh/Hari

Masa

Perkara

Tempat


AHAD

12/12/2010

1500hrs – 2100hrs


2130hrs – 2230hrs

Ketibaan & Pendaftaran Pasukan Kor SISPA IPTA/ S


Taklimat Perjalanan Program kepada Ketua Kontinjen

Tempat Penginapan(Mawar)


Bilik Seminar Kolej Mawar




ISNIN

13/12/2010


0800hrs-1000hrs.

1030hrs – 1200hrs


1430hrs-1730hrs.


2000hrs -2200hrs.


Raptai Majlis Perasmian Pembukaan

Perasmian Pembukaan oleh Y.A.S Dato’ Ketua Pengarah JPAM



-GOTONG- ROYONG



-Mesyuarat & Taklimat Teknikal Pertandingan dan Pendaftaran Pertandingan



Padang Kawad UiTM


Padang Jawa


Bilik Seminar Kolej Mawar





SELASA

14/12/2010


0800hrs-1600hrs.



0800hrs-

1800hrs




2000hrs-2200hrs.


- DERMA DARAH




- PERTANDINGAN KEMAHIRAN

- Kemahiran Menyelamat

- Kemahiran Kebombaan

- Kemahiran Kawad Kaki


-FORUM KESUKARELAWANAN MAHASISWA



Pusat Sukan


Padang Kawad



Dewan Sri Budiman





RABU

15/12/2010


0800hrs – 1300hrs.


0800hrs – 1300hrs



1500hrs – 1730hrs.



2000hrs – 2200hrs.


- PERTANDINGAN KEMAHIRAN



- SCORE RACE




Raptai Pentauliahan dan Perasmian Penutup Perhimpunan Kor SISPA



Majlis Makan Malam 1 SISPA




Padang Kawad



Sekitar UiTM




Padang Kawad &

Dewan Sri Budiman



Pusat Sukan





KHAMIS

16/12/2010


0800hrs – 1030hrs.










1100hrs -1400hrs





1400hrs – 1700hrs


MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

- Perbarisan Berjalan Lalu oleh Pegawai SISPA yang akan ditauliahkan

- Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat & Bersekutu, Pelancaran Kor SISPA Peringkat Kebangsaan serta Penutup Perhimpunan oleh Yang Berhormat Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri

- Minum Pagi


- Pentauliahan Pangkat Pegawai SISPA oleh Yang Berhormat Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri

- Makan Tengahari



- Pendaftaran Keluar Pasukan Kor SISPA IPTA/S



Padang Kawad

Padang Kawad










Dewan Sri Budiman






Tempat Penginapan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...