Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, October 17, 2015


SESI TAKRUF PKS MUDA 2015

Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) UiTM Shah Alam telah mengadakan sesi Takruf PKS Muda ambilan September 2015. Sesi ini sering diadakan pada setiap kali pengambilan PKS Muda dilakukan. Ianya diadakan bertujuan untuk memperkenalkan PKS Inter, Pegawai, dan jurulatih kepada PKS Muda, perlantik ketua PKS Muda dan ketua platun, serta merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli SISPA. Sesi takruf ini mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila hampir kesemua PKS Muda, PKS Inter, Pegawai, dan jurulatih yang hadir.

                                TARIKH   : 3 OKTOBER 2015
                                MASA      : 8.00PM HINGGA 11.00PM
                                TEMPAT  : DATARAN S&T, UiTM SHAH ALAM.


Gambar- gambar program.














Saturday, October 3, 2015

PENGAMBILAN PEGAWAI KADET SISPA (PKS) MUDA SESI SEPTEMBER 2015


Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) UiTM Shah Alam telah membuat sesi pengambilan baru bagi tahun 2015. Mulai tahun ini, Setiap pelajar yang berdaftar di bawah kokurikulum Pertahanan Awam wajib mengikuti kursus selama 5 semester. Mereka akan menjalani latihan kokurikulum yang telah ditetapkan mengikut sukatan pelajaran Pertahanan Awam dan akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam.  Antara penilaian yang  telah diambil kira untuk memilih Pegawai Kadet Sispa  (PKS) Muda ialah ujian kecergasan, ujian kesihatan dan sesi temuduga. Ujian kecergasan dan ujian kesihatan dikendalikan oleh PKS Pertengahan serta Pegawai Muda. Manakala sesi temuduga pula telah dikendalikan oleh beberapa orang pegawai senior dan jurulatih.

 TARIKH: 19 SEPTEMBER 2015 (SABTU)
 MASA  : 8.00am – 1700pm
 TEMPAT: GELANGGANG FUTSAL DAN PEJABAT SISPA.


 Mendengar taklimat daripada PKS Pertengahan.


Calon sedang menjalani ujian kecergasan


kecergasan dilakukan bagi menguji tahap kecergasan calon-calon.



calon mendengar arahan yang telah diberikan oleh PKS Pertengahan



Calon-calon diberi rehat sementara menuggu giliran masing-masing.



Sebahagian daripada calon-calon yang telah selesai menjalani ujian kecergasan.



Calon sedang menunggu giliran untuk sesi temuduga.









KURSUS ASAS KAWAD KAKI

Seramai 55 orang Pegawai Kadet Sispa yang terdiri daripada 55 orang PKS Pertengahan telah menghadiri Kursus Asas Kawad Kaki yang telah diadakan di UiTM Shah Alam. Antara PKS yang hadir adalah Siswa Siswi dari UiTM Shah Alam. Kursus ini berlangsung selama lima hari. Antara tujuan kursus asas kawad kaki ialah membekalkan pengetahuan dan kemahiran asas kepada peserta berkaitan dengan kawad kaki, membentuk jati diri, dan memupuk semangat bekerjasama. Peserta wajib menghadiri kursus ini untuk melayakkan diri mereka ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam. Dalam kusus ini, para peserta akan belajar tatacara pemakaian seragam JPAM dan asas kawad kaki. Pada akhir kursus, para peserta diuji kemahiran asas kawad kaki.

                                        TARIKH: 31 OGOS – 04 SEPTEMBER 2015

TEMPAT: UiTM SHAH ALAM



Senaman Pagi (Aerobik)


Encik Mustafa sedang menerangkan tentang asas kawad kaki


Peserta sedang berlatih asas kawad kaki


Sarjan Apandi sedang mengajar peserta asas kawad kaki


Peserta sedang menikmati makan tengahari


Peserta kursus sedia untuk diuji

Peserta sedang menjalani ujian kawad kaki (Personal Drill)


Peserta sedang menjalani ujian asas kawad kaki (Mengawadkan Skuad)


Sesi bergambar peserta kursus asas kawad kaki bersama pegawai dan jurulatih



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...