Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, December 8, 2014

Latihan Medan 2  Kor Sispa UiTM Shah Alam (2014)

Latihan Medan merupakan salah satu latihan teras yang diwajibkan kepada pelatih kor. Latihan Medan kali ini diwajibkan kepada pelatih kor semester 1 dan 2 iaitu platun Charlie, Delta dan Echo. Latihan Medan ini adalah latihan teras yang telah dirancangkan dalam mata pelajaran kokurikulum Pertahanan Awam, UiTM. Objektif latihan medan ini adalah untuk menguji ketahanan mental , fizikal dan kreativiti para peserta. Peserta dikehendaki mendirikan khemah sendiri dengan bantuan urus setia, pegawai muda dan jurulatih. Selain itu, para peserta akan diajar jenis-jenis ikatan asas, balutan asas pertolongan cemas, dan latihan kawad usungan. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan sikap dan semangat kerjasama pada diri peserta dalam menghadapi pelbagai  situasi kecemasan di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta.

                                    TARIKH : 28,29 dan 30  November 2014
                                    TEMPAT : Tapak Perkhemahan Rimba,
                                                       Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang


Pengenalan kepada prosedur program Latihan Medan : Taklimat Latihan (ice breaking)



Ucapan daripada LT. (PA) Hj. Mohd Ariffin Abd Rahman (sesi suai kenal dan taklimat ringkas)



LT. (PA) Hj. Mohd Ariffin Abd Rahman memberi pengenalan mengenai teknik komunikasi



Persediaan awal latihan  kawad usungan, menguji ikatan pada stretcher




Ikatan dan Simpulan




Senaman pagi (air borne)




Peserta belajar CPR secara praktikal




Peserta bersama para pegawai SISPA

Para pegawai dan pengarah JPAM negeri Selangor, Kol. (PA) Hj. Ahmad Afandi bin Mohamad




Para peserta membuat persediaan untuk kawad usungan



Pertolongan cemas : Balutan



Ceramah Kewarganegaraan dan Semangat Sispa oleh Lt. (PA) Tarmizi Abdul Raman



Aktiviti  dalam kumpulan ketika ceramah kewarganegaraan dan semangat SISPA



Malam kebudayaan




Pelatih Kor bergambar di majlis penutup

Saturday, November 29, 2014

Latihan Medan Siri 1 Kor Sispa UiTM Shah Alam (2014)

Latihan Medan merupakan salah satu latihan teras yang diwajibkan kepada pelatih kor. Latihan Medan kali ini diwajibkan kepada pelatih kor semester 1 platun Alpha dan Bravo. Latihan Medan ini adalah latihan teras yang telah dirancangkan dalam matapelajaran kokurikulum Pertahanan Awam, UiTM. Objektif latihan medan ini adalah untuk menguji ketahanan mental, fizikal dan kreativiti para peserta. Peserta dikehendaki mendirikan khemah sendiri dengan bantuan urusetia, pegawai muda dan jurulatih. Selain itu, para peserta akan diajar jenis-jenis ikatan asas, balutan asas pertolongan cemas, dan latihan kawad usungan. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan sikap dan semangat kerjasama pada diri peserta dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta.

TARIKH : 14,15,16  November 2014
TEMPAT :Tapak Perkhemahan Rimba,
                  Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang





Pengenalan kepada prosedur program Latihan Medan : Taklimat Latihan (ice breaking)





Peserta belajar CPR secara praktikal




Senaman pagi




Pertolongan cemas : Balutan



Peserta mendirikan PKTK



Peserta mempraktikkan ikatan tali yang diajar



LT. (PA) Hj Mohd Ariffin Abd Rahman menerangkan zon-zon kawasan PKTK kepada ketua kumpulan



Peserta diberi pendedahan mengenai KED dan Cervical Collar



PKTK yang telah siap dibina




Menguji ikatan pada stretcher



Persediaan awal latihan kawad usungan



Aktiviti dalam kumpulan ketika ceramah Kewarganegaraan dan Semangat SISPA



Ikatan dan Simpulan



Persembahan pada malam kebudayaan oleh para peserta



Majlis penutup yang dirasmikan oleh Lt. Kol. (PA) Prof Madya Mohd Hanafiah Harun



Kawad usungan menggunakan stretcher untuk menguji ketahanan ikatan



Ucapan daripada LT. (PA) Hj. Mohd Ariffin Abd Rahman (sesi suai kenal dan taklimat ringkas)








Wednesday, October 1, 2014

PAMERAN KOR SISPA UiTM SHAH ALAM


Kor Sispa UiTM Shah Alam telah mengadakan pameran Kokurikulum Kor SISPA yang telah diadakan di pusat kokurikulum. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan kepada para penuntut UiTM tentang SISPA. Melalui pameran ini mereka akan diberi pendedahan tentang aktiviti yang telah dilakukan dan bakal dilakukan oleh SISPA UiTM Shah Alam.
                                                   
Tempat : Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam
Tarikh : 9 – 12 September 2014
Masa : 0800-1700






Lt. M  (PA) Anati dan PKS Pertengahan Syakirah menerangkan kelebihan menyertai Kor SISPA





Flyers Kor SISPA diberikan kepada penuntut UiTM Shah Alam




Pegawai menerangkan kelebihan Kor SISPA berbanding dengan kokurikulum lain






Tuesday, September 30, 2014

PENGAMBILAN PEGAWAI KADET SISPA (PKS) 2014 BATCH 11



Kokurikulum Pertahanan Awam  di UiTM menawarkan dua pilihan kategori kokurikulum iaitu 3 semester dan 5 semester. Bagi pelajar yang memilih kategori kokurikulum 5 semester, mereka akan menjalani kokurikulum yang telah ditetapkan mengikut sukatan pelajaran Pertahanan Awam seperti 3 semester serta menjalani latihan tambahan yang khusus dan menghadiri kursus sebelum ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam (PA). Antara penilaian yang diambilkira untuk memilih PKS Muda ialah Ujian Kecergasan, Ujian Kesihatan dan Temuduga.

TARIKH : 20 SEPTEMBER 2014 (SABTU)
MASA : 12.00 – 17.00
TEMPAT : PEJABAT SISPA


Pelatih Kor dan bakal PKS Muda beratur untuk memasuki dewan untuk mendengar taklimat




  Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh PKS Pertengahan Rahizan




Taklimat yang disampaikan oleh Lt. (PA) Haji Mohd Ariffin bin Abdul Rahman





Calon-calon Pegawai Kadet SISPA Batch 11 menuggu giliran untuk ditemuduga





Vertical Jump





  Push–up yang dilakukan oleh calon-calon lelaki




Ujian kecergasan dilakukan bagi menguji tahap kecergasan calon-calon





          Beep test.




Borang para bakal Pegawai Kadet SISPA diasingkan mengikut fakulti
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...