Subscribe:

Ads 468x60px

Friday, June 15, 2012

Orienteering Pertahanan Awam (OPA) 2012

Pada 16 Jun 2012, Sabtu, UJIAN BERTULIS, TAKLIMAT Orienteering Pertahanan Awam (OPA) dan latihan praktikal OPA akan diadakan seperti maklumat yang tertera di bawah.  


A) UJIAN BERTULIS (SABTU - 16/6/12) 


Tempat : Dewan Melati
Pakaian: Baju oren SISPA, track suit hitam/gelap, berkasut sukan putih, kad matrik


1) Part 1: 9.00 pagi - 10.00 pagi
2) Part 2: 11.00 pagi - 12.00 t/hari
3) Part 3: 2.30 pagi - 3.30 ptg


B) TAKLIMAT OPA  (SABTU - 16/6/12) 


Tempat : Dewan D (Bangunan S & T)
Pakaian: Baju oren SISPA, track suit hitam/gelap, berkasut sukan putih

1) Part 1 : 10.00 pagi
2) Part 2  & 3 : 8.00 pagi


C) LATIHAN OPA  (SABTU - 16/6/12)


Tempat : Berkumpul kat POOL UiTM Shah Alam (Belakang kolej Teratai 3 & 4)
Pakaian: Baju oren SISPA, track suit hitam/gelap, berkasut sukan putih
- Part 1,2 & 3 : 4.00 ptg




Ahli kumpulan sedang membaca peta


Antara ilmu Pertahanan Awam yang akan dipraktikkan di check-point tertentu


Mencari check-point berpandukan peta dan kompas

Wednesday, June 6, 2012

Penganjurkan pertandingan ‘Paintball’ sempena Sambutan Sedekad Pertahanan Awam.


     Sebagaimana pihak universiti sedia maklum, Pertahanan Awam di Universiti Teknologi MARA (UiTM)  ini telah ditubuhkan pada 19 Jun 1998 dengan dikenali sebagai Kesatria Pertahanan Awam yang mana telah bernaung di bawah penyeliaan Unit Kesatria UiTM. Pada 6 Januari 2002, ia telah dijenamakan semula kepada Kokurikulum Pertahanan Awam dan pada tahun ini, genaplah sepuluh tahun penubuhan Kokurikulum Pertahanan Awam di UiTM yang telah digerakkan oleh jawatankuasa dengan kerjasama pihak Pusat Kokurikulum dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor.
     Sepanjang sedekad Pertahanan Awam di UiTM, telah banyak pencapaian serta kejayaan yang telah diraih seperti peganjuran Perhimpunan dan Pentauliahan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Kali Pertama tahun 2010, Pendakian Gunung Kinabalu pada tahun 2004, 2008 dan 2012 serta banyak lagi penglibatan dan pelaksanaan program khidmat masyarakat di peringkat universiti dan masyarakat sekitar. Justeru, penganjuran Pertandingan ‘Paintball’ bersempena sambutan sedekad Pertahanan Awam UiTM ini adalah bertujuan sebagai  wadah bagi mengenang dan mengimbau kewujudan Pertahanan Awam UiTM dalam tempoh sedekad. Selain itu, ia juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan organisasi Pertahanan Awam UiTM dengan masyarakat kampus melalui aktiviti riadah seperti sukan ‘paintball’ ini.


TARIKH: 8 Jun 2012 sehingga 12 Jun 2012 ( Jumaat - Selasa )

           TEMPAT: Padang Ragbi, Kolej Perindu

           PESERTA:   Terbuka kepada seluruh warga UiTM


Poster Paintball

Poster Painball


OBJEKTIF :



1      Menghebahkan kepada warga UiTM tentang penubuhan dan pergerakan kokurikulum Pertahanan Awam dari tahun 1998 sehingga 2012.



2      Melahirkan warga UiTM yang mempunyai kriteria seperti yang terkandung dalam program Kemahiran Insaniah.

3      Melahirkan mahasiswa yang mempunyai stamina yang kuat dari segi fizikal dan mental agar sentiasa cergas dan cerdas dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang pelajar UiTM.



4      Melahirkan warga UiTM yang dapat berkomunikasi antara satu sama lain dalam berkongsi idea, pengalaman serta penyelesaian masalah bagi mencapai objektif yang diimpikan.



5     Merapatkan hubungan setiakawan dan kemesraan sesama pelajar,  dan staff Universiti Teknologi MARA.





Tuesday, June 5, 2012

Pelancaran YSS dan Amanat PM Bersama Warga Kampus UiTM (kawalan keselamatan)

Tempat : Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam
Tarikh : 21 Mac 2012


Krew-krew yang berdedikasi ; bertugas semasa Majlis Yayasan Sukarelawan Siswa yang terdiri daripada PKS inter


Pn. Fadilah memberikan penerangan tentang perjalanan majlis.


Bersedia..Krew-krew bersemangat untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan.


Berbincang stratergi kawalan bagi memastikan kelancaran majlis.



PKS muda bersama pegawai di Dewan Agong Tuanku Cancelor (DATC) sedang menanti bermulanya majlis Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang berprestij




Yang Amat Berhormat perdana menteri sedang menyampaikan ucapan dan amanat kepada mahasiswa dan mahasiswi semasa majlis Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)


Kawalan kehormat


Pelancaran simbolik bagi majlis Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)



Mesra..Yang Amat Berhormat bersalaman dengan mahasiawa-mahasiswa


 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bergerak keluar dari DATC untuk minum bersama pelajar.

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENTADBIRAN KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (Kor SISPA), UiTM



Tempat                :               UiTM, Kampus Puncak Perdana
Tarikh                  :               26 – 29 APRIL 2012
Jumlah Peserta      :               77 orang (46 Peserta, 21 Urusetia, 3 Jurulatih dan 7 Pegawai Muda)

Kursus kepimpinan pegawai kadet SISPA Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) merupakan salah satu kursus teras bagi pegawai kadet SISPA sebelum ditauliah sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam.  Di dalam kursus ini  para peserta kursus akan diberikan pengenalan dan pendedahan kepada tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai kadet SISPA di samping etika-etika sebagai seorang pegawai kadet.

Kursus ini dikhususkan kepada pegawai-pegawai kadet SISPA. Para peserta kursus akan diberikan penerangan dan pendedahan secara teori dan pratikal mengenai tatacara mengendali mesyuarat, tatacara pemakaian uniform Pertahanan Awam, tatacara menghadiri majlis dan ceramah berkaitan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Sebagai tambahan, asas jurulatih kawad kaki juga diterangkan bagi memudahkan pegawai kadet SISPA memberi arahan semasa mengendalikan platun. Di samping itu juga para peserta kursus juga akan didedahkan cara membuat kertas kerja dan juga cara mengendalikan sesuatu program.

 
Aktiviti : 

 

Gambar-gambar Aktiviti :


Persiapan sebelum pergi ke UiTM kampus Puncak Perdana


Hukuman PT 10


Hukuman hentak kaki

Perbentangan logo kumpulan

Pemeriksaan uniform


Lanjutan 'Who Want To Be PKS'

Aktiviti Bonjour De Comprado (Pulau)

Ujian Kawad Kaki


Kawalan sebelum Majlis Penutupan Kursus KEPIMPINAN DAN PENTADBIRAN KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (Kor SISPA), UiTM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...