Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, May 31, 2010

LAWATAN ALUMNI DAN JURULATIH BERSAMA PENYELARAS KOKURIKULUM


Salah satu kabin yang akan dijadikan bilik mesyuarat.


sebahagian pemandangan dari kabin





Tuan Ariffin bersama En. Hashim turut serta Presiden Alumni SISPA UiTM Shah Alam iaitu En. Fahmi memantau keadaan dalam kabin.


Tuan Ariffin sedang memeriksa keadaan dalam kabin.



bahagian dalam kabin dan akan menjadi pejabat ASTP.



pandangan kabin dari hadapan dan tiang bendera telah didirikan


Tuan Ariffin bersama kontraktor dan ASTP Zamzuree berbincang mengenai sistem pembentungan bekalan air di kabin.



ASTP Zamzuree bersama mantan presiden JPP(Jawatankuasa Perwakilan Pegawai Kadet) SISPA memberi penerangan kepada Tuan Ariffin tentang pembangunan kabin.


Tuan Ariffin sedang memeriksa sambungan sistem bekalan air di kabin.


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia............................

Satu sesi lawatan telah diadakan baru-baru ini di penempatan baru kor-SISPA UiTM Shah Alam dan lawatan telah disertai oleh Penyelaras Kokurikulum kor-SISPA bersama jurulatih, ASTP dan juga alumni.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah perkembangan pembinaan kabin ini telah siap dengan sempurnanya sebulum sesi baru bermula. Ini bertujuan untuk memudahkan pegawai kadet SISPA untuk mentadbir kor-SISPA dengan jayanya.
Maka dengan ini diharap pegawai kadet SISPA akan lebih bersemangat dalam menjadikan kor-SISPA ke arah kecermelangan di persada antarabangsa. Justeru itu, diharap pegawai kadet SISPA dapat menjalankan tugas dengan lebih berdisplin dan bertanggungjawab.

Tuesday, May 25, 2010

alkisah pembinaan kabin kor-SISPA Shah Alam (episod akhir)



bahagian dalam kabin yang sudah dibersihkan dan telah dihamparkan dengan tikar getah



kabin yang hampir 100% sudah disiapkan



proses memasang signboard JPAM


Salam 1 Malaysia........................

Alhamdullilah..... akhirnya 3 buah kabin telah dibina dan, maka dengan automaticnya pejabat SISPA akan beroperasi menjalankan tugas dengan penuh integriti. Sesi pemindahan barang-barang logistik dari kabin lama akan dijalankan dan kabin tersebut akan dikemaskan lagi dengan kelengkapan seperti meja, kerusi dan lain-lain agar dapat memberi keselesaan kepada semua. Maka dengan itu, sama-samalah kita menggalas tanggungjawab yang ada dengan penuh dedikasi dan diharap dengan terbinanya kabin, pegawai kadet SISPA dapat menjalankan tugas dengan penuh semangat seiring dengan wawasan yang sedia ada seterusnya membawa nama SISPA ke kemuncaknya.

Monday, May 17, 2010

alkisah pembinaan kabin SISPA UiTM Shah Alam


ASTP Zamzuree dan ASTP Asyikin datang meninjau perkembangan pembinaan kabin



buruh yang berdedikasi melakukan tugas mereka



jalan tar yang telah diturap


anak tangga dibina. dah nama UiTM, tangga wajib laaa ada.... pendakian tangga asas kejayaaan... peace!




bahan-bahan pembinaan



'signboard' JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR sudah dipasang



asas tanda nama yg menandakan kabin SISPA UiTM


laluan pejalan kaki dibina

Assalamualaikum w.b.t

Kabin Pentadbiran Kor SISPA UiTM Shah Alam.


Entry ini dimuatkan adalah bagi memberi info kepada semua anggota Kor SISPA yang sedang beristirehat di rumah bersempena cuti semester. Begitu juga kepada pelatih-pelatih Kokurikulum Pertahanan Awam HBU 112,122 dan 132.

Sebagai makluman, alhamdulillah, seperti yang kita tahu, pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor telah bersetuju bagi menyediakan satu pejabat pentadbiran bagi Kor SISPA UiTM. Rekabentuk pejabat adalah berkonsepkan pejabat kabin dalam taman or may be we can name it as ‘SISPA’s GARDEN”.

Kerja-kerja pengukuran tapak kabin telah dimulakan pada 17 April 2010. Dari pelan asal, sebanyak 2 kabin pentadbiran bersama 1 kabin bilik air akan ditempatkan di Kabin Pentadbiran Kor SISPA UiTM Shah Alam. Bahan-bahan pembinaan telah mula dibawa masuk pada 21 April 2010 dan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada hari berikutnya. Antara kerja-kerja yang telah dijalankan sehingga 9 Mei 2010 adalah seperti menyediakan asas tapak pejalan kaki, jalan akses ke tapak kabin, penyediaan lubang saluran air, tangki septik, dan asas tapak kabin.

Insya Allah, seandainya tiada apa halangan, Kabin Pentadbiran Kor SISPA UiTM Shah Alam akan dapat digunakan pada semester hadapan, bagi pengambilan pertama Kor SISPA UiTM. Moga dengan entry ini, akan menaikkan lagi semangat para anggota Kor SISPA khususnya, dan para pelatih amnya.. Sama-sama kita doakan... Jua, untuk makluman, di peringkat JPAM, satu lagi langkah ke hadapan telah diambil, iaitu penyertaan sebagai anggota International Civil Defence Organization (ICDO)...

Justeru, marilah sama-sama kita kembangkan sayap pengantarabangsaan kita seiring dengan matlamat universiti, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan menyahut seruan "1 MALAYISA".....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...