Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, November 29, 2014

Latihan Medan Siri 1 Kor Sispa UiTM Shah Alam (2014)

Latihan Medan merupakan salah satu latihan teras yang diwajibkan kepada pelatih kor. Latihan Medan kali ini diwajibkan kepada pelatih kor semester 1 platun Alpha dan Bravo. Latihan Medan ini adalah latihan teras yang telah dirancangkan dalam matapelajaran kokurikulum Pertahanan Awam, UiTM. Objektif latihan medan ini adalah untuk menguji ketahanan mental, fizikal dan kreativiti para peserta. Peserta dikehendaki mendirikan khemah sendiri dengan bantuan urusetia, pegawai muda dan jurulatih. Selain itu, para peserta akan diajar jenis-jenis ikatan asas, balutan asas pertolongan cemas, dan latihan kawad usungan. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan sikap dan semangat kerjasama pada diri peserta dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta.

TARIKH : 14,15,16  November 2014
TEMPAT :Tapak Perkhemahan Rimba,
                  Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang





Pengenalan kepada prosedur program Latihan Medan : Taklimat Latihan (ice breaking)





Peserta belajar CPR secara praktikal




Senaman pagi




Pertolongan cemas : Balutan



Peserta mendirikan PKTK



Peserta mempraktikkan ikatan tali yang diajar



LT. (PA) Hj Mohd Ariffin Abd Rahman menerangkan zon-zon kawasan PKTK kepada ketua kumpulan



Peserta diberi pendedahan mengenai KED dan Cervical Collar



PKTK yang telah siap dibina




Menguji ikatan pada stretcher



Persediaan awal latihan kawad usungan



Aktiviti dalam kumpulan ketika ceramah Kewarganegaraan dan Semangat SISPA



Ikatan dan Simpulan



Persembahan pada malam kebudayaan oleh para peserta



Majlis penutup yang dirasmikan oleh Lt. Kol. (PA) Prof Madya Mohd Hanafiah Harun



Kawad usungan menggunakan stretcher untuk menguji ketahanan ikatan



Ucapan daripada LT. (PA) Hj. Mohd Ariffin Abd Rahman (sesi suai kenal dan taklimat ringkas)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...