Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, February 23, 2011

Sukan Antara Kolej(SUKOL) 2011


SUKOL merupakan sebuah kejohanan sukan peringkat kolej kediaman yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai usaha ke arah menggalakkan penglibatan menyeluruh penghuni-penghuni kolej dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. SUKOL pada kali ini berlangsung pada 11 Februari hingga 6 Mac 2011.
Dengan mengekalkan konsep penyertaaan secara terbuka, kejohanan kali ini turut mensasarkan penyertaan lebih ramai atlet bagi merancakkan lagi persaingan antara peserta. Seiring dengan hasrat kerajaan dan universiti untuk melahirkan mahasiswa yang memiliki keupayaan holistik, penganjuran SUKOL dilihat sebagai sebuah platform terbaik untuk mencungkil bakat-bakat sukan yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Kursus Destini Kenegaraan dan Le Tour De Langkawi 2011

Pada 29 Januari 2011 hingga 31 Januari 2011 telah berlangsungnya Kursus Destini Kenegaraan (KDN) yang bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Kursus ini melibatkan unit badan beruniform dari kampus induk dan juga kampus negeri. Antara unit yang terlibat adalah KESATRIA,PALAPES Darat,PALAPES Laut,PALAPES Udara,Brass Band dan juga kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (kor SISPA). Jumlah keseluruhan penyertaan peserta dianggarkan seramai 800 orang.

Kursus ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada belia tentang pentingnya sejarah dalam pembentukan negara pada masa hadapan. Para peserta juga didedahkan dengan cara pemikiran yang kritis dan pembinaan jati diri di dalam slot perbincangan dalam kumpulan (pdk). Justeru,pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dalam menjayakan program ini.
Program ini bermula dengan pendaftaran para peserta di kolej kediaman masing-masing pada 29 Januari 2011.Aktiviti seterusnya bermula pada keesokan hari di mana para peserta terlibat dengan slot ceramah dan pdk. Slot ini bertempat di Dewan Sri Budiman (DSB) dan Fakulti Sains Gunaan (FSG).

Sunday, February 13, 2011

Perhimpunan Kor SISPA 2010

PERHIMPUNAN Kor SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (Kor SISPA) IPTA/S PERINGKAT KEBANGSAAN KALI PERTAMA TAHUN 2010
Pada 12 hingga 16 Disember 2010 yang lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dengan kejasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Tahun 2010 yang diadakan bertempat di UiTM Shah Alam. Perhimpnan ini telah melibatkan penyertaan dari 13 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) dan 5 kampus cawangan UiTM. Jumlah keseluruhan penyertaan iaitu peserta, urusetia dan pegawai adalah dianggarkan seramai 950 orang secara keseluruhannya. 

Perhimpunan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil dan menguji kemahiran setiap pelajar yang mengikuti program Kokurikulum Pertahanan Awam di setiap IPTA/S. Selain itu, ia juga diadakan bagi membentuk semangat integrasi dan perpaduan di antara semua pelatih Kor SISPA. Justeru, sepanjang program berlangsung, terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan bagi mencapai objektif penganjuran program ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...