Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, December 8, 2014

Latihan Medan 2  Kor Sispa UiTM Shah Alam (2014)

Latihan Medan merupakan salah satu latihan teras yang diwajibkan kepada pelatih kor. Latihan Medan kali ini diwajibkan kepada pelatih kor semester 1 dan 2 iaitu platun Charlie, Delta dan Echo. Latihan Medan ini adalah latihan teras yang telah dirancangkan dalam mata pelajaran kokurikulum Pertahanan Awam, UiTM. Objektif latihan medan ini adalah untuk menguji ketahanan mental , fizikal dan kreativiti para peserta. Peserta dikehendaki mendirikan khemah sendiri dengan bantuan urus setia, pegawai muda dan jurulatih. Selain itu, para peserta akan diajar jenis-jenis ikatan asas, balutan asas pertolongan cemas, dan latihan kawad usungan. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan sikap dan semangat kerjasama pada diri peserta dalam menghadapi pelbagai  situasi kecemasan di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta.

                                    TARIKH : 28,29 dan 30  November 2014
                                    TEMPAT : Tapak Perkhemahan Rimba,
                                                       Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang


Pengenalan kepada prosedur program Latihan Medan : Taklimat Latihan (ice breaking)



Ucapan daripada LT. (PA) Hj. Mohd Ariffin Abd Rahman (sesi suai kenal dan taklimat ringkas)



LT. (PA) Hj. Mohd Ariffin Abd Rahman memberi pengenalan mengenai teknik komunikasi



Persediaan awal latihan  kawad usungan, menguji ikatan pada stretcher




Ikatan dan Simpulan




Senaman pagi (air borne)




Peserta belajar CPR secara praktikal




Peserta bersama para pegawai SISPA

Para pegawai dan pengarah JPAM negeri Selangor, Kol. (PA) Hj. Ahmad Afandi bin Mohamad




Para peserta membuat persediaan untuk kawad usungan



Pertolongan cemas : Balutan



Ceramah Kewarganegaraan dan Semangat Sispa oleh Lt. (PA) Tarmizi Abdul Raman



Aktiviti  dalam kumpulan ketika ceramah kewarganegaraan dan semangat SISPA



Malam kebudayaan




Pelatih Kor bergambar di majlis penutup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...