Ads 468x60px

Saturday, October 3, 2015

PENGAMBILAN PEGAWAI KADET SISPA (PKS) MUDA SESI SEPTEMBER 2015


Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) UiTM Shah Alam telah membuat sesi pengambilan baru bagi tahun 2015. Mulai tahun ini, Setiap pelajar yang berdaftar di bawah kokurikulum Pertahanan Awam wajib mengikuti kursus selama 5 semester. Mereka akan menjalani latihan kokurikulum yang telah ditetapkan mengikut sukatan pelajaran Pertahanan Awam dan akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam.  Antara penilaian yang  telah diambil kira untuk memilih Pegawai Kadet Sispa  (PKS) Muda ialah ujian kecergasan, ujian kesihatan dan sesi temuduga. Ujian kecergasan dan ujian kesihatan dikendalikan oleh PKS Pertengahan serta Pegawai Muda. Manakala sesi temuduga pula telah dikendalikan oleh beberapa orang pegawai senior dan jurulatih.

 TARIKH: 19 SEPTEMBER 2015 (SABTU)
 MASA  : 8.00am – 1700pm
 TEMPAT: GELANGGANG FUTSAL DAN PEJABAT SISPA.


 Mendengar taklimat daripada PKS Pertengahan.


Calon sedang menjalani ujian kecergasan


kecergasan dilakukan bagi menguji tahap kecergasan calon-calon.



calon mendengar arahan yang telah diberikan oleh PKS Pertengahan



Calon-calon diberi rehat sementara menuggu giliran masing-masing.



Sebahagian daripada calon-calon yang telah selesai menjalani ujian kecergasan.



Calon sedang menunggu giliran untuk sesi temuduga.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...