Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, May 17, 2010

alkisah pembinaan kabin SISPA UiTM Shah Alam


ASTP Zamzuree dan ASTP Asyikin datang meninjau perkembangan pembinaan kabin



buruh yang berdedikasi melakukan tugas mereka



jalan tar yang telah diturap


anak tangga dibina. dah nama UiTM, tangga wajib laaa ada.... pendakian tangga asas kejayaaan... peace!




bahan-bahan pembinaan



'signboard' JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR sudah dipasang



asas tanda nama yg menandakan kabin SISPA UiTM


laluan pejalan kaki dibina

Assalamualaikum w.b.t

Kabin Pentadbiran Kor SISPA UiTM Shah Alam.


Entry ini dimuatkan adalah bagi memberi info kepada semua anggota Kor SISPA yang sedang beristirehat di rumah bersempena cuti semester. Begitu juga kepada pelatih-pelatih Kokurikulum Pertahanan Awam HBU 112,122 dan 132.

Sebagai makluman, alhamdulillah, seperti yang kita tahu, pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor telah bersetuju bagi menyediakan satu pejabat pentadbiran bagi Kor SISPA UiTM. Rekabentuk pejabat adalah berkonsepkan pejabat kabin dalam taman or may be we can name it as ‘SISPA’s GARDEN”.

Kerja-kerja pengukuran tapak kabin telah dimulakan pada 17 April 2010. Dari pelan asal, sebanyak 2 kabin pentadbiran bersama 1 kabin bilik air akan ditempatkan di Kabin Pentadbiran Kor SISPA UiTM Shah Alam. Bahan-bahan pembinaan telah mula dibawa masuk pada 21 April 2010 dan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada hari berikutnya. Antara kerja-kerja yang telah dijalankan sehingga 9 Mei 2010 adalah seperti menyediakan asas tapak pejalan kaki, jalan akses ke tapak kabin, penyediaan lubang saluran air, tangki septik, dan asas tapak kabin.

Insya Allah, seandainya tiada apa halangan, Kabin Pentadbiran Kor SISPA UiTM Shah Alam akan dapat digunakan pada semester hadapan, bagi pengambilan pertama Kor SISPA UiTM. Moga dengan entry ini, akan menaikkan lagi semangat para anggota Kor SISPA khususnya, dan para pelatih amnya.. Sama-sama kita doakan... Jua, untuk makluman, di peringkat JPAM, satu lagi langkah ke hadapan telah diambil, iaitu penyertaan sebagai anggota International Civil Defence Organization (ICDO)...

Justeru, marilah sama-sama kita kembangkan sayap pengantarabangsaan kita seiring dengan matlamat universiti, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan menyahut seruan "1 MALAYISA".....




1 comment:

Nope9 said...

tu dia~~~!!!! dpt jugak nengok the making of cabin ni.... semoga dengan adanya cabin ini, SISPA akan terus maju tanpa menoleh ke belakang lagi! Hidup SISPA! =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...