Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, April 1, 2015

PAMERAN KOR SISPA SHAH ALAM 2015

Kor Sispa UiTM Shah Alam telah mengadakan pameran Kokurikulum Kor SISPA. Pameran ini telah diadakan di pusat kokurikulum bersama dengan badan beruniform yang lain. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan mengenai badan beruniform Pertahanan Awam yang ditawarkan kepada para pelajar semester 1 di UiTM Shah Alam. Melalui pameran ini, mereka diberi pendedahan tentang aktiviti yang telah dilakukan pada semester-semester lepas. Pada semester ini, pihak kami hanya membuka tawaran hanya untuk 3 semester sahaja.

Tempat : Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam
Tarikh : 2 – 6 Mac 2015
Masa : 0800-1700


KURSUS BAKAL PEGAWAI

Seramai 34 orang Pegawai Kadet SISPA yang terdiri daripada 33 orang PKS Pertengahan dan seorang PKS Senior telah menghadiri Kursus Bakal Pegawai yang telah diadakan di Shah Alam. Antara PKS yang hadir adalah Siswa Siswi dari UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam dan UiTM Seremban. Kursus ini berlangsung selama empat hari. Para PKS wajib menghadiri kursus ini untuk melayakkan diri mereka menyandang pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam. Dalam kursus ini, para PKS akan belajar kawad tongkat, peraturan dan tata cara pemakaian seragam JPAM, akta pertahanan awam, pengurusan majlis rasmi, pengurusan mesyuarat dan majlis keselamatan Negara. Pada akhir kursus, para PKS  diuji kawad tongkat dan cara menguruskan majlis.

TARIKH : 25-28 MAC 2015

TEMPAT :UiTM Shah Alam

Peserta sedang berlatih kawad tongkat




Peserta sedang melakukan air borne




Para peserta sedang menjalani ujian bertulis kursus bakal pegawai




Sarjan Azhar mengajar para peserta kawad tongkat




Encik Zafran sedang menerangkan tentang asas kawad tongkat

KURSUS METHODOLOGI


Seramai 34 orang Pegawai Kadet SISPA yang terdiri daripada 32 orang PKS Pertengahan dan dua orang PKS Senior telah menghadiri Kursus Metodologi yang telah diadakan  di UiTM Shah Alam. Antara PKS yang hadir adalah siswa siswi dari UiTM Seremban, UiTM Puncak Alam dan UiTM Shah Alam. Kursus selama 5 hari ini adalah salah satu kursus yang wajib dihadiri oleh PKS untuk melayakkan diri mereka menyandang pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam. Objektif kursus ini adalah untuk menambahkan lagi keyakinan diri para PKS. Dalam kursus ini, PKS belajar cara-cara pengucapan awan dengan betul dari segi teori dan praktikal. Mereka juga belajar cara-cara untuk menyediakan Sesi Rancangan Pengajaran (SRP).


TARIKH : 20-24 MAC 2015

TEMPAT :UiTM Shah Alam



Para peserta sedang menikmati makan tengah hari




Peserta sedang menduduki ujian bertulis kursus methodologi




Para peserta sedang membuat persedian untuk Rancangan Sesi Pengajaran (RSP)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...