Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, November 19, 2009

KKDPKPA2009 : Hari Kedua

18 November 2009

Hari kedua kursus bermula seawal jam 5.30 pagi dengan solat subuh berjemaah, diikuti upacara ‘Naik Bendera’ dihadapan pintu masuk utama Kolej Puncak Perdana. Kemudian, beramai-ramai mereka beriadah mengelilingi kolej ini. Aktiviti riadah ini dikelola oleh KMRM Syamil.

Tepat jam 8.30 pagi, aktiviti yang ditunggu setiap peserta bermula iaitu; Kawad Kaki. Peserta dibahagi kepada 3 platun, sama rata supaya setiap mereka bergaul mesra dan saling mengenali antara satu sama lain. Jurulatih yang terlibat bagi aktiviti kawad kaki adalah En. Azami, En. Muslimat dan En. Azhar.

Slot “Cara Membuat Kertas Kerja dan Laporan” dikelolakan oleh saudari Normaiza Zainal diharap dapat memberikan input berguna kepada para peserta di masa hadapan. Slot ini diadakan khusus untuk memberikan pendedahan kepada peserta memandangkan kesemua mereka akan terlibat secara langsung mahupun tidak dalam sesuatu program, insyaALLAH. satu kredit buat peserta yang bergelar 'bakal komander' memandangkan mereka kemungkinan besar akan mengorganize satu assignment besar pada semester hadapan.
Seperti dijadualkan, slot pada malam hari adalah slot ceramah. Untuk ceramah pertama iaitu “Pengenalan dan Peranan Komander” disampaikan oleh Lt. (PA) Mohd Ariffin selaku penyelaras berjalan lancar. Selaku bakal komander dan komander junior, mereka didedahkan dengan tugas-tugas dan peranan mereka disamping cabaran-cabaran yang bakal mereka hadapi. slot ringkas ini juga memberikan beberapa tips berguna untuk mereka memandangkan mereka bakal menambah komitmen sebagai seornag komander mereka selain bergelar pelajar sepenuh masa.

Roll Call tepat jam 12.30 tengah malam diadakan bagi melakukan penyelarasan terakhir mengenai uniform memandangkan masih ramai yang belum arif mengenai tatacara pemakaian uniform. Sebelum mereka mendapat 'sesuatu' oleh jurulatih keesokan harinya, lebih baik mereka mendapat 'sesuatu' daripada urusetia terlebih dahulu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membetulkan ketidakfahaman peserta dan berwaspada sentiasa dengan kesalahan-kesalahan kecil yang bakal mereka lakukan. Roll call berakhir tepat jam 2.10 pagi.
Lihat sahaja muka-muka bersemangat peserta dalam gambar dibawah ini.

Sesi LDK dalam Slot “Cara Membuat Kertas Kerja dan Laporan”








penat sangat ya dik



Slot ceramah “Pengenalan dan Peranan Komander”
Lebih oren daripada biasa( cantik kan)








KKDPKPA2009 :Hari Pertama

16hb November 2009

Sedari awal pagi, beberapa peserta yang berada di Kampus Induk UiTM Malaysia, telah pun mendaftarkan diri di Kolej Teratai (sebagai kolej t
ransit). Perasaan teruja untuk mempelajari dan menimba pengalaman baru sebagai seorang komander terserlah di muka para peserta kursus. Persiapan terakhir dilakukan, untuk melengkapkan senarai keperluan kursus mereka. Termasuklah juga pengagihan uniform kepada bakal-bakal komander. Bermacam gaya dapat dilihat ketika pengagihan uniform dilakukan. Bercahaya sahaja wajah adik-adik kita itu. Kolej Teratai pada malam itu riuh dengan gelagat adik-adik yang sibuk mencuba, mengubahsuai dan memperkemaskan uniform mereka sehinggakan para komander senior juga tak menang tangan melayan semua soalan mereka. Bersama-sama mereka mempersiapkan diri; mengubahsuai uniform dan mengilatkan kasut. Seronok rasanya melihat keterujaan mereka, jelas terlihat ketaksuban mereka untuk bergelar komander Pertahanan Awam UiTM Malaysia.




17hb November 2009

Hari baru bermula bagi kesemua komander junior dan bakal komander yang menyertai kursus ini. Kursus yang bertujuan membentuk peribadi dan kepimpinan seorang pemimpin masa hadapan SISPA ini menghimpunkan seramai 61 orang peserta dari UiTM Kampus Shah Alam dan Kampus Puncak Alam. Seperti kursus yang lepas, kursus kali ini juga diadakan di Kampus Puncak Perdana.

Tepat jam 7.30 pagi, semua peserta dan urusetia telah pun berkumpul di bustop Kolej Teratai dengan berpakaian sukan. Walaupun sedikit terlewat dari masa yang dijangka, itu sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka. Masa yang ada tidak dibuang begitu sahaja, diisi dengan mencari maklumat-maklumat berkaitan kursus yang akan dijalankan.



Selepas pendaftaran, peserta diberikan masa untuk berkemas dan berehat sebelum sesi taklimat berlangsung tepat jam 2 petang. Antara perkara yang disentuh ketika taklimat berlangsung adalah peraturan-peraturan sepanjang kursus; perlantikan penghulu, penghuluwati, imam dan bilal; pembahagian kumpulan LDK dan tentatif program. Mereka juga diingatkan tentang konsep 'satu pasukan'. Tiada perbezaan antara komander junior dan bakal komander, mahupun peserta dari Kampus Induk atau Puncak Alam. Setiap pergerakan dilakukan bersama, dan setiap kesalahan jug
a ditanggung bersama.




Selepas solat asar dan minum petang, aktiviti seterusnya adalah riadah. Untuk permulaan, dengan tubuh yang masih segar, mereka memberikan kerjasama yang baik walaupun terdapat beberapa orang antara mereka yang mendapat kecederaan ringan. Antara permainan yang dimainkan adalah bola tampar dan futsal.

Aktiviti malam diteruskan dengan slot 'Ice Breaking', khusus diadakan supaya setiap peserta mengenali rakan-rakan sekursus mereka. Aktiviti yang dikelolakan oleh Komander Muhammad Ridzuan Muhammad Ibrahim, mendapat kerja
sama yang baik dari kalangan peserta. Semua mereka melibatkan diri, dan aktiviti berlangsung dalam suasana yang santai dan menggembirakan. Slot umum ini diadakan untuk menunjukkan pentingnya membina ikatan persahabatan dan cara-cara mengekalkan hubungan tersebut, ke arah membentuk organisasi yang mantap.


Aktiviti pada hari tersebut tamat tepat jam 12 tengahmalam. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa urusetia yang masih 'berbaik hati' meninjau persiapan terakhir peserta untuk hari esok memandangkan ada di antara mereka yang masih keliru berkenaan uniform. Syabas buat kesemua urusetia dan terima kasih kepada peserta kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang hari pertama kursus berlangsun
g.








Tuesday, October 20, 2009

*OPKIM RAYA



Tarikh : 10 - 11 Oktober 2009
Tempat : Kg.Desa Permai Parit 8, Sg.Panjang, Selangor
Bil Peserta : 150 Orang ( Komander SISPA, Bakal Komander SISPA
dan Ahli kelab Res-Q Team )



Gambar sepanjang majlis kembara marhaban




VVIP yang hadir seperti Prof. Madya Dr. Rosmin Talib (Pengarah Pembangunan Pelajar,Universiti Teknologi MARA,UiTM Shah Alam) dan Bekas Menteri Besar Selangor disambut dengan meriah


Antara komander dan bakal komander yang sibuk menjaga gerai sepanjang majlis dijalankan



Komander dan bakal komander sedang menikmati hidangan yang disediakan di majlis jamuan hari raya di perkarangan rumah ketua kampung.


Anak angkat menyampaikan cenderamata kepada keluarga angkat masing-masing
Penyelaras kokurikulum Pertahanan Awam Tuan Mohd. Ariffin Bin Abd. Rahman menyampaikan cenderamata kepada ketua kampung



Program berakhir dengan sesi fotografi bagi semua individu yang terlibat dalam menjayakan program khidmat masyarakat (OPKIM) raya bagi tahun 2009.















Monday, October 5, 2009

> Dari 'KELABU EKSKLUSIF' ke 'BIRU'

Pada 13 september 2009, seramai 14 orang komander SISPA telah hadir ke pelancaran uniform baru Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bertempat di ALPHA Bangi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein.


Bangganya muiz diapit oleh orang-orang besar


Sesi Beramah Mesra dgn Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah JPAM


Perbarisan masuk dari pasukan PASPA





Penampilan kali pertama uniform baru no 3 dan no 4


simbolik perasmian pemakaian uniform baru



sempat lagi posing ala- ala team bola sepak



Sunday, September 13, 2009

> Entry Khas buat Tuan Ariffin & En Shazrin

Entry ini ditujukan khas untuk kedua-dua penama diatas....


Apelah yang Kak Ros bebelkan pada Tuan

Yang berbaju putih :Hai saya Ipin, ni adik saya, Upin
Yang berbaju hitam : Hmm... betul.. betul...betul


Selamat Ulang Tahun Tuan Ariffin, yang ke...?

Sepotong kek dari seorang 'anak' untuk 'ayahnya'

Sedapnya air nescafe bergaram ye Tuan...













Bersedia... 1, 2, go!!!


Ada orang dah rasa dulu bubur lambuknya... Isyk3... Patutlah sedap je...


Selamat Hari Lahir yang ke...?


Cantik kan corak baru ni? Mudah, Murah & Cantik


Selamat Hari Lahir kepada keduanya. Bertambah 1 tahun lagi umurnya, petanda(fikir sendiri ye). Moga berkat Ramadhan terlekat kepada mereka. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dan semoga cepat-cepatlah kita semua dapat makan nasi minyak. Aminnnnn.


Terimalah...





Saturday, September 12, 2009

> Program Bubur Lambuk

Tarikh : 11 Sept 09
Masa : 5.00 petang
Tempat : Perkarangan Pusat Islam

Agihan 5 periuk bubur lambuk (lebih 1400 bungkus) kepada warga UiTM yang melalui jalan tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat, baik yang memotong bawang, memasak, mengacau, membungkus, mengagihkan dan makan juga. Tidak lupa, sekalung ucapan tahniah buat yang di balik tabir (aka penganjur dan penghulur2 sumbangan, tahun2 depan, sumbanglah lagi ye.) kerana berjaya menganjurkan program ini. Dan sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Pakcik Hashim yang bertungkus lumus dari mula sampai abis program. Tahun depan buat bubur lambuk Pantai Timur lak ye ( yang ada pucuk kayu tu, ada yang cakap pucuk paku,apa-apa jela. nyam nyam, sedapnya). Buat En. Arin, jangan serik menolong ya.



Selamat datang......


Stage 2 : Mari semua kita mengacau bubur lambuk.... kacau... kacau...

Tengok jeke? Tolong la kacau sekali yang kat belakang tu

Kacau En Mus..Jangan tak kacau...


Stage 3 :Bahagian..... ?

Tupperware tak cukup, plastik pun jadilah.

Stage 4 : Bahagian Pembungkusan

Penuh tekun cik-cik komander kita

Okey... bubur lambuk siap!

Stage 5 : Bahagian Pengagihan

Antara 'Orang-orang Besar' yang sudi turun. Terima Kasih Daun Keladi.










Patutlah belakang tu jem je...

'Jualan Habis'... Tutup kedai awal.. Laku betul

Antara krew di sebalik tabir..


Rajinnya... Sesi kemas mengemas

angkat ye semua periuk belanga tu... Jangan curi tulang pulak


p/s : Stage 1 : potong memotong bebawang tak ada, bahaya kalau dimasukkan.

Terima kasih Daun keladi untuk semua yang terlibat, lain kali punya aktiviti bolehlah join lagi ya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...