Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, November 19, 2009

KKDPKPA2009 : Hari Kedua

18 November 2009

Hari kedua kursus bermula seawal jam 5.30 pagi dengan solat subuh berjemaah, diikuti upacara ‘Naik Bendera’ dihadapan pintu masuk utama Kolej Puncak Perdana. Kemudian, beramai-ramai mereka beriadah mengelilingi kolej ini. Aktiviti riadah ini dikelola oleh KMRM Syamil.

Tepat jam 8.30 pagi, aktiviti yang ditunggu setiap peserta bermula iaitu; Kawad Kaki. Peserta dibahagi kepada 3 platun, sama rata supaya setiap mereka bergaul mesra dan saling mengenali antara satu sama lain. Jurulatih yang terlibat bagi aktiviti kawad kaki adalah En. Azami, En. Muslimat dan En. Azhar.

Slot “Cara Membuat Kertas Kerja dan Laporan” dikelolakan oleh saudari Normaiza Zainal diharap dapat memberikan input berguna kepada para peserta di masa hadapan. Slot ini diadakan khusus untuk memberikan pendedahan kepada peserta memandangkan kesemua mereka akan terlibat secara langsung mahupun tidak dalam sesuatu program, insyaALLAH. satu kredit buat peserta yang bergelar 'bakal komander' memandangkan mereka kemungkinan besar akan mengorganize satu assignment besar pada semester hadapan.
Seperti dijadualkan, slot pada malam hari adalah slot ceramah. Untuk ceramah pertama iaitu “Pengenalan dan Peranan Komander” disampaikan oleh Lt. (PA) Mohd Ariffin selaku penyelaras berjalan lancar. Selaku bakal komander dan komander junior, mereka didedahkan dengan tugas-tugas dan peranan mereka disamping cabaran-cabaran yang bakal mereka hadapi. slot ringkas ini juga memberikan beberapa tips berguna untuk mereka memandangkan mereka bakal menambah komitmen sebagai seornag komander mereka selain bergelar pelajar sepenuh masa.

Roll Call tepat jam 12.30 tengah malam diadakan bagi melakukan penyelarasan terakhir mengenai uniform memandangkan masih ramai yang belum arif mengenai tatacara pemakaian uniform. Sebelum mereka mendapat 'sesuatu' oleh jurulatih keesokan harinya, lebih baik mereka mendapat 'sesuatu' daripada urusetia terlebih dahulu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membetulkan ketidakfahaman peserta dan berwaspada sentiasa dengan kesalahan-kesalahan kecil yang bakal mereka lakukan. Roll call berakhir tepat jam 2.10 pagi.
Lihat sahaja muka-muka bersemangat peserta dalam gambar dibawah ini.

Sesi LDK dalam Slot “Cara Membuat Kertas Kerja dan Laporan”








penat sangat ya dik



Slot ceramah “Pengenalan dan Peranan Komander”
Lebih oren daripada biasa( cantik kan)








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...