Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, January 6, 2010

KKDPKPA 09 : HARI KEENAM

22 November 2009 : Hari Keenam

Akhirnya, tibalah hari yang dinantikan, hari penentuan untuk semua peserta. Penentuan apa? Penentu semua peserta layak bergelar komander atau tidak. Tibalah masanya apa yang telah dipelajari oleh setiap peserta sepanjang kursus ini berlangsung diuji, baik dari segi bertulis mahupun praktikal. Sayangnya cuma kawad sahaja diuji secara praktikal.

Sedari pagi, semua peserta telah pun bersedia memulakan latihan mereka, latihan kawad terutamanya. Sehinggakan, PT pagi itu dibatalkan untuk setiap peserta berlatih dan bersedia untuk memberi dan menerima hukuman kawad, persediaan asas setiap pesetrta sebelum bergelar bakal komander.

Akhirnya, selepas sarapan pagi, Ujian Kawad pun bermula. Seperti dirancang, peserta dibahagi kepada 3 kump untuk 3 orang hakim. Siapa lagi kalau bukan Lt.M (PA) Kamaruzaiki Kamarudin, En. Azami Markom dan En. Muslimat. Peserta pertama lah yang paling 'nervous' kan. Tapi yang seterusnya pun tak kurang juga debarannya, apatah lagi bila melihat rakan-rakan mereka tersalah hukuman. Hurm... gelabah tak terkata... Walaupun hakimnya terdiri daripada jurulatih mereka juga.

Jom kita tinjau telatah mereka.



Barisan hakim dan pembantunya





Letih + berdebar





Sementara menunggu giliran

ada-ada saja aktivitinya



Main cak cak ke tu?




Alahai, ayunya


ini apa ya?


Ujian bertulis bermula petang selepas asar. Berperah otak mereka menjawab soalan. Tak susah pun kan. Pengetahuan am je.Dan serba sedikit dari ceramah dan LDK yang dijalankan sepanjang kursus berlangsung. Bagi yang tak melayang-layang, insayALLAH boleh jawab,kan?

Dan malamnya, BBQ berlangsung. Sedapnya makanan. Semua dah makan tak ingat lain dah. Maklumlah, lapar. Makan petang kan 'hold' untuk memeriahkan lagi makan malam kita. Seronok kan sambil makan sambil dihiburkan dengan acara selingan. Apakah acara-acara tersebut?

Selepas dah penat makan, apa lagi, masa untuk raptai Majlis Penutup! Pukul berapa lah agaknya semua peserta tidur. Tak kisahlah, malam terakhir kan. Esok dah nak balik, tidurlah puas-puas.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...