Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, April 1, 2015

KURSUS BAKAL PEGAWAI

Seramai 34 orang Pegawai Kadet SISPA yang terdiri daripada 33 orang PKS Pertengahan dan seorang PKS Senior telah menghadiri Kursus Bakal Pegawai yang telah diadakan di Shah Alam. Antara PKS yang hadir adalah Siswa Siswi dari UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam dan UiTM Seremban. Kursus ini berlangsung selama empat hari. Para PKS wajib menghadiri kursus ini untuk melayakkan diri mereka menyandang pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam. Dalam kursus ini, para PKS akan belajar kawad tongkat, peraturan dan tata cara pemakaian seragam JPAM, akta pertahanan awam, pengurusan majlis rasmi, pengurusan mesyuarat dan majlis keselamatan Negara. Pada akhir kursus, para PKS  diuji kawad tongkat dan cara menguruskan majlis.

TARIKH : 25-28 MAC 2015

TEMPAT :UiTM Shah Alam

Peserta sedang berlatih kawad tongkat




Peserta sedang melakukan air borne




Para peserta sedang menjalani ujian bertulis kursus bakal pegawai




Sarjan Azhar mengajar para peserta kawad tongkat




Encik Zafran sedang menerangkan tentang asas kawad tongkat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...