Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, June 6, 2012

Penganjurkan pertandingan ‘Paintball’ sempena Sambutan Sedekad Pertahanan Awam.


     Sebagaimana pihak universiti sedia maklum, Pertahanan Awam di Universiti Teknologi MARA (UiTM)  ini telah ditubuhkan pada 19 Jun 1998 dengan dikenali sebagai Kesatria Pertahanan Awam yang mana telah bernaung di bawah penyeliaan Unit Kesatria UiTM. Pada 6 Januari 2002, ia telah dijenamakan semula kepada Kokurikulum Pertahanan Awam dan pada tahun ini, genaplah sepuluh tahun penubuhan Kokurikulum Pertahanan Awam di UiTM yang telah digerakkan oleh jawatankuasa dengan kerjasama pihak Pusat Kokurikulum dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor.
     Sepanjang sedekad Pertahanan Awam di UiTM, telah banyak pencapaian serta kejayaan yang telah diraih seperti peganjuran Perhimpunan dan Pentauliahan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Kali Pertama tahun 2010, Pendakian Gunung Kinabalu pada tahun 2004, 2008 dan 2012 serta banyak lagi penglibatan dan pelaksanaan program khidmat masyarakat di peringkat universiti dan masyarakat sekitar. Justeru, penganjuran Pertandingan ‘Paintball’ bersempena sambutan sedekad Pertahanan Awam UiTM ini adalah bertujuan sebagai  wadah bagi mengenang dan mengimbau kewujudan Pertahanan Awam UiTM dalam tempoh sedekad. Selain itu, ia juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan organisasi Pertahanan Awam UiTM dengan masyarakat kampus melalui aktiviti riadah seperti sukan ‘paintball’ ini.


TARIKH: 8 Jun 2012 sehingga 12 Jun 2012 ( Jumaat - Selasa )

           TEMPAT: Padang Ragbi, Kolej Perindu

           PESERTA:   Terbuka kepada seluruh warga UiTM


Poster Paintball

Poster Painball


OBJEKTIF :



1      Menghebahkan kepada warga UiTM tentang penubuhan dan pergerakan kokurikulum Pertahanan Awam dari tahun 1998 sehingga 2012.



2      Melahirkan warga UiTM yang mempunyai kriteria seperti yang terkandung dalam program Kemahiran Insaniah.

3      Melahirkan mahasiswa yang mempunyai stamina yang kuat dari segi fizikal dan mental agar sentiasa cergas dan cerdas dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang pelajar UiTM.



4      Melahirkan warga UiTM yang dapat berkomunikasi antara satu sama lain dalam berkongsi idea, pengalaman serta penyelesaian masalah bagi mencapai objektif yang diimpikan.



5     Merapatkan hubungan setiakawan dan kemesraan sesama pelajar,  dan staff Universiti Teknologi MARA.





1 comment:

Anonymous said...

'penganjuran'/'menganjurkan' :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...