Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, March 11, 2010

LAWATAN TAPAK KABIN KOR SISPA UiTM









Satu sesi lawatan tapak kabin telah diadakan pada 5hb Mac 2010 bertempat di hadapan kolej mawar pada jam 8.15 a.m sehingga 9.30 a.m dan disertai oleh PPAN Selangor - Mejar Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin, Bahagian Pengurusan Angkatan dan Latihan - Lt. M (PA) Ruslan b. Lok, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan - En. Ramzul Iman b. Ramli beserta kontraktor yang akan mereka dan membina kabin kor SISPA UiTM - En Anwar dan diiringi penyelaras kor SISPA UiTM Lt. (PA) Mohd Ariffin Abd Rahman dan Komander Madya Rendah Kanan Mohd. Norazlan bin. Abd. Rahaman

InsyaAllah, pejabat kor SISPA akan dibangunkan secara berfasa. Kontraktor akan menyiapkan full layout kepada jabatan untuk diteliti dan ditarget. Sehubungan itu, fasa satu akan dibangunkan pada bulan mei dan fasa seterusnya akan ditentukan kemudian. Model yang telah dibincangkan akan dibina mengikut rekaan leisure office atau lebih dikenali pejabat dalam taman.

Pada permulaan, 3 kabin akan diletakkan untuk persediaan pengambilan pertama batch kor SISPA pada sem depan iaitu bulan Julai selain didirikan untuk pusat pentadbiran. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama memberi sokongan kepada kor SISPA kita yang baru dilancarkan dengan semangat 1 pasukan , 1 perjuangan dan 1 matlamat seiring dengan
1 Malaysia

'SEDIA PANTAS BERINTEGRITI'

1 comment:

missn said...

Salam..
Seronoknya nak dapat kabin baru...
Tapi, Susahnya nak baca...
Boleh light kan sikit tak color tulisan post ni?
Tahniah and terima kasih...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...