Ads 468x60px

Tuesday, February 23, 2010

1 TERATAI...

Program : 1 Teratai
Tarikh : 7 Februari 2010
Tempat : Kompleks Sukan UiTM

Program 1 Teratai yang dilaksanakan oleh JPK Teratai, merupakan acara tahunan (ops, semester) bagi Kolej Teratai. Berkonsepkan 1 Teratai pada semester ini (sempena konsep 1 Malaysia), semua warga kolej adalah satu komuniti walaupun berbeza uniform.

Beberapa acara telah diadakan, antaranya Bola Jaring Kain Batik, Bola Sepak Kain Pelekat dan beberapa sukaneka pilihan. Meriahnya program apabila setiap acara mendapat sambutan menggalakkan dari semua unit beruniform yang terdapat di Kolej Teratai. 'Happening' dengan pekik sorak para penyokong setiap pasukan yang bertanding.

Alhamdulillah, pada semester ini SISPA berjaya menghantar wakil yang agak ramai untuk setiap acara yang dipertandingkan. Ada juga yang datang sekadar untuk menyokong, terima kasih.. Buat pengetahuan semua, wakil kita menang dalam acara Tarik Tali Wanita (Johan) dan Lari Ikat Kaki Lelaki (Naib Johan). Jadi, marilah kita sama-sama melihat aksi-aksi komander-komander SISPA kita.



Sebelum Sukaneka : Mari Berposing.



Pasukan Sorak Khas

Acara Pertama : Terompah Gergasi

Tok Wan : Hang p sana la.

Zahid : Dia tak join la.

Tok Wan : Ya ka?(salah orang da)

Kiri la weI. angkat kaki kiri!

Sedia ya semua... 1..2..3...

Kanan

Kiri


Bincang strategi

Okey, Kita buat Cheers dulu.

Group kedua lelaki..check kaki masing-masing. muat dak?

Mus : Jalan la

Faaris : Yang belakang kakinya berat la.

Amir : Aku nak jatuh la.

Tok wan : Jangan jatuh dulu Amir, tunggu sampai abis dulu.

Acara Kedua : Lari Ikat Kaki

Pasukan siswi SISPA : 2 je?

Apa agaknya yang dibincangkan?

Ha? macam tu ke caranya?

Kena angkatla jawabnya K. Nurul kita ni.

Molek-molek sikit.nak jatuh dah ni.

Ikat ketat-ketat. Putus nanti.

1... 2... angkat!

Cepat! Eh, tak berat ke Salleh tu..?

Aksi sebelum semua tergolek.

Dah selamat... kesian...

Pasukan Sorak masih lagi setia di pinggir padang.


Pasukan Tarik Tali Wanita!! Johan!


Ambik tempat masing-masing


1.. 2.... tarik!!!


Tarik lagi
Sikit lagi

Sedia!!! Tarik!!!

Kuat Lagi

Tarik!!! Tengok muka Basyirah dan Salwa yang penuh semangat...!!

Sikit lagi nak lepas tu
Muka-muka kemenangan


Siap bawa Kipas Cina lagi tu

Amir borong semua air yang ada

Sesi hujan mencurah-curah di Padang Delima


Kalau dilihat betul-betul, apa yang mereka di bawah ini sedang buat? fikirkan lah





Muka-muka yang keletihan : Mari Kita Pulang!








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...