Ads 468x60px

Friday, October 5, 2012

12 Kod Kesalahan Pelatih Ko-Kurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia UiTM Malaysia


12 Kod Kesalahan Pelatih
Ko-Kurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
UiTM Malaysia
 
Kod
Jenis Kesalahan
01
Menyimpan atau memiliki rambut panjang.
02
Menyimpan atau memiliki kuku panjang.
03
Menyimpan atau memiliki janggut.
Penerangan: Janggut mestilah dicukur bersih dan misai adalah dibenarkan dengan syarat  ia dijaga dengan rapi dan kemas.
04
Hadir lewat ke latihan
05
Memakai kasut yang tidak dibenarkan.
Penerangan: Kasut yang dibenarkan adalah kasut sukan yang 80% berwarna putih.
06
Memakai stokin selain warna putih yang panjangnya perlulah melebihi buku lali.
07
Tidak memakai/mempamerkan kad pelajar.
08
Memakai tudung yang tidak mengikut spesifikasi.
Penerangan: Tudung mestilah berwarna hitam,tidak bercorak,memakai anak tudung dan tidak boleh digayakan ( contohnya diselempangkan atau dililit).
09
Memakai baju yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
Penerangan: Bagi pelatih,hanya baju jingga dan putih Jabatan Pertahanan Awam dibenarkan.Bagi yang masih belum mempunyai baju tersebut,hanya T-Shirt putih berkolar tanpa corak yang keterlaluan dibenarkan dan ketiga-tiga jenis baju perlu dimasukkan ke dalam seluar bagi lelaki.
10
Memakai seluar sukan yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
Penerangan: Bagi Pelatih,hanya seluar sukan hitam atau yang berwarna gelap sahaja yang dibenarkan.
11
Berkelakuan tidak sopan terhadap jurulatih/pembantu jurulatih
Penerangan: Perlakuan tidak sopan adalah termaktub kepada sosio budaya dan amalan badan beruniform di dalam IPTA.
12
Lain-lain kesalahan yang tidak dinyatakan namun termaktub sebagai satu kesalahan dalam Akta 174,Akta Universiti dan Kolej Universiti ataupun Akta 221,Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
 
Penunjuk:
     :Tarikh melakukan kesalahan
Kod  :Kod Kesalahan yang dirujuk diatas.
 
Biro Disiplin & Tatatertib Dis ’08-Dis ‘09
Dimuat naik oleh PKS Pertengahan
Mohamad Asywad B.Sapingai
Biro Disiplin dan Kepimpinan 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...