Ads 468x60px

Friday, November 9, 2012

Bonjour De Comprado 2012


Baru-baru ini Kor Sispa UiTM Shah Alam telah mengadakan program ‘Bonjour De Comprado’ yang bertempat di  Pulau Pangkor, Perak . Program ini merupakan program tahunan Kor Sispa UiTM Shah Alam dan program ini berbentuk perkhemahan.  Antara objektif program ini diadakan adalah untuk untuk memupuk nilai-nilai murni dan semangat muafakat antara ahli dalam kumpulan. Ternyata, objektif ini tercapai dan diharapkan aktiviti ini akan dapat diteruskan demi manfaat pelajar itu sendiri. Tambahan lagi, program ini merupakan kesinambungan kemahiran yang mereka pelajari dalam kokurikulum.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tempoh perkhemahan. Antaranya adalah ice-breaking, Ascending & Descending (A&D), aktiviti air seperti berkayak dan ‘water confident’, Explorace serta beberapa aktiviti lain. Semua aktiviti yang diadakan adalah memupuk nilai-nilai murni dan semangat muafakat antara ahli dalam kumpulan serta  untuk  menguji  ketahanan mental dan fizikal para pelajar.

Tempat : Kem Rimba Pulau Pangkor
Tarikh    : 30 Oktober – 2 November 2012
Bilangan peserta : 90 orang

Berikut merupakan beberapa keping foto yang diambil sepanjang program diadakan.

Peserta yang terdiri daripada PKS Inter berbaris untuk mendengar taklimat sebelum berangkat ke Pangkor. 


Tiba di Jeti Marina Island dan para peserta menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor.
Kerjasama. Aktiviti memasang khemah mengikut kumpulan yang telah dibahagikan.
Mendengar taklimat dan amanat daripada Leftenan (PA) Tuan Ariffin.
Sesi pemilihan penghulu dan penghuluwati.

Aktiviti memasak mengikut kumpulan yang dibahagikan.

Aktiviti diteruskan dengan senaman pagi pada hari kedua program diadakan.
Aktiviti 'descending'.



Taklimat diberikan kepada peserta sebelum menjalani aktiviti air.

Berkayak ke Pulau Giam.

'Water confident'




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...