Sebagaimana pihak universiti sedia maklum, Pertahanan
Awam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini telah ditubuhkan pada 19 Jun 1998 dengan
dikenali sebagai Kesatria Pertahanan Awam yang mana telah bernaung di bawah
penyeliaan Unit Kesatria UiTM. Pada 6 Januari 2002, ia telah dijenamakan semula
kepada Kokurikulum Pertahanan Awam dan pada tahun ini, genaplah sepuluh tahun
penubuhan Kokurikulum Pertahanan Awam di UiTM yang telah digerakkan oleh
jawatankuasa dengan kerjasama pihak Pusat Kokurikulum dan Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia Negeri Selangor.
Sepanjang sedekad
Pertahanan Awam di UiTM, telah banyak pencapaian serta kejayaan yang telah
diraih seperti peganjuran Perhimpunan dan Pentauliahan Kor SISPA Peringkat
Kebangsaan Kali Pertama tahun 2010, Pendakian Gunung Kinabalu pada tahun 2004,
2008 dan 2012 serta banyak lagi penglibatan dan pelaksanaan program khidmat
masyarakat di peringkat universiti dan masyarakat sekitar. Justeru, penganjuran
Pertandingan ‘Paintball’ bersempena sambutan sedekad Pertahanan Awam UiTM ini
adalah bertujuan sebagai wadah bagi
mengenang dan mengimbau kewujudan Pertahanan Awam UiTM dalam tempoh sedekad.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan organisasi
Pertahanan Awam UiTM dengan masyarakat kampus melalui aktiviti riadah seperti
sukan ‘paintball’ ini.
TARIKH: 8 Jun 2012 sehingga 12 Jun 2012 ( Jumaat - Selasa )
TEMPAT: Padang Ragbi, Kolej Perindu
PESERTA: Terbuka kepada seluruh warga UiTM
 |
Poster Paintball |
 |
Poster Painball |
OBJEKTIF :
1
Menghebahkan kepada warga UiTM tentang penubuhan dan
pergerakan kokurikulum Pertahanan Awam dari tahun 1998 sehingga 2012.
2
Melahirkan
warga UiTM yang mempunyai kriteria seperti yang terkandung dalam program
Kemahiran Insaniah.
3
Melahirkan
mahasiswa yang mempunyai stamina yang kuat dari segi fizikal dan mental agar
sentiasa cergas dan cerdas dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang
pelajar UiTM.
4 Melahirkan warga UiTM yang dapat berkomunikasi antara satu sama lain dalam
berkongsi idea, pengalaman serta penyelesaian masalah bagi mencapai objektif
yang diimpikan.
5 Merapatkan
hubungan setiakawan dan kemesraan sesama pelajar, dan staff Universiti Teknologi MARA.